Alyah mohon maaf, umum henti rakam lagu cinta kerana ini

TERKENAL dengan lagu-lagu berunsur cinta, penyanyi Datin Alyah pada Isnin meluahkan rasa menyesal kerana memberi pengaruh itu kepada peminat-peminatnya.

Alyah, 39, berkata, lagu-lagu yang pernah dinyanyikan sebelum ini hanya membuatkan pendengar menitiskan air mata kerana manusia tapi bukan kepada Allah.

“20 tahun saya berjalan sebagai seorang penyanyi, saya menyanyi lagu cinta, lagu sengsara, lagu sed1h, lagu cur4ng, lagu kecewa. Kebanyakan lagu-lagu saya semua berunsur cinta kepada manusia.

“Di bulan Ramadan yang mulia ini saya ingin memohon kemaafan atas pengaruh yang saya bawa selama ini. Nyanyian saya menitiskan air mata kamu dan menitis kerana kasih pada manusia bukan kerana kasih pada Allah SWT, para Rasul, mahupun para ilmuan agama,” kongsi Alyah.

PENYANYI, Datin Alyah nekad untuk tidak mahu lagi merakamkan sebarang lagu berunsurkan cinta antara kekasih.

Alyah atau nama penuhnya Noor Hasliah Abu Hasan, 39, mengakui berasa sangat berd0sa membuai pendengar dengan lagu cinta demi mengejar populariti.

Alyah membuat permohonan maaf kepada peminat menerusi sebuah entri di laman Instagram.

“Mulai saat ini saya tidak akan merakamkan lagi apa-apa lagu cinta terhadap manusia dan buat kekasih yang akan membuatkan anda terbuai dan lupa pada Maha Pencipta. Mohon maaf atas keputusan ini.

“Selama 20 tahun saya menjadi penyanyi, saya menyanyikan lagu berunsurkan cinta, sengsara, sed1h, cur4ng dan kecewa. Kebanyakan lagu saya semuanya cinta kepada manusia,” katanya.

Penyanyi Sesal Separuh Nyawa itu juga ingin memohon kemaafan atas pengaruh yang dibawa selama ini bersempena bulan Ramadan ini.

“Nyanyian saya menitiskan air mata anda dan menitis kerana kasih pada manusia. Bukan kerana kasih kepada Allah SWT, bukan kerana rasul, bukan kerana ilmuan agama.

“Bersalahnya saya pada anda dan berd0sanya saya pada semua. Saya mohon ampun atas kekhilafan saya selama ini dalam mengejar populariti,” katanya.

Perkara itu dikongsikan Alyah menerusi Instagram yang mana dia turut memperdengarkan sebuah lagu berunsur ketuhanan nyanyiannya.

“Lagu terbaik yang pernah saya tulis bersama Omar K dan Ikhwan Fatanna, juga hasil usaha kakak saya Datuk Ayu Puteh, lagu saya lakarkan dari hati ketika saya masih mencari jawapan dalam kehidupan saya.

“Perjalanan saya masih jauh semoga Allah SWT sentiasa bersama kita semua dan memberi redanya. Sejauh mana kita mencari jawapan demi mencari bahagia sebenarnya ia ada pada diri kita sendiri hanya satu kepercayaan kepada Allah SWT,” katanya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : M.B

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Alyah mohon maaf, umum henti rakam lagu cinta kerana ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*