Orang Ramai S3rbu LHDN Rayu BPN, Sekali Ada Sorang Peguam Cakap Jangan Datang Melenggang Jer

Penduduk sekitar bandar raya ini menyerbu Bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Johor, di Bandar Baru Uda bagi membuat rayuan permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN), sejak awal pagi tadi.

Tinjauan di perkarangan bangunan berkenaan mendapati orang ramai berbaris panjang sehingga ke luar pagar premis berkenaan dan tidak berganjak walaupun hujan.

Bagaimanapun, kesemua mereka yang berbaris dilihat mematuhi penjarakan sosial selain memakai pelitup muka.

Hampir 400 orang yang ingin membuat rayuan BPN difahamkan sudah mula berbaris di lokasi berkenaan sejak jam 7.30 pagi tadi bagi memastikan mereka sempat berbuat demikian sebelum waktu pejabat tamat.

Tinjauan di dalam premis LHDN pula mendapati sebanyak lima kaunter dibuka di bahagian lobi bangunan berkenaan dengan kemasukan pelanggan ke bangunan itu juga dipantau serta dihadkan pada satu-satu masa.

Menurut notis yang ditampal di hadapan pagar bangunan berkenaan waktu operasi LHDN bagi permohonan rayuan BPN bermula jam 8 pagi hingga 4 petang sehingga tarikh akhir 31 Mei depan.

Semalam, kerajaan dilaporkan bersetuju melanjutkan tempoh rayuan permohonan BPN sehingga 31 Mei depan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung berkata, lanjutan itu dibuat selepas kerajaan menerima dan mendengar pelbagai rungutan daripada orang ramai yang gagal menerima BPN atas pelbagai sebab.

BPN ditolak walaupun sudah diberhentikan kerja

Sementara itu, pemohon yang ditemui, Imran Selamat, 41, berkata, orang ramai sudah mula beratur di perkarangan bangunan berkenaan sejak jam 7.30 pagi.

” Saya hadir untuk membuat permohonan semula BPN selepas permohonan sebelum ini ditolak walaupun sudah diberhentikan kerja bulan lalu.

” Diharap permohonan kali ini berjaya untuk digunakan sebagai modal berniaga kecil-kecilan bagi menanggung isteri dan empat anak yang berusia antara 15 sehingga dua tahun,” katanya.

Nasihat peguam bagi yang merayu BPN

Sementara itu seorang peguam berkongsi di Facebook menasihati orang ramai agar tidak melenggang masa datang buat rayuan, pastikan bawa dokumen lengkap.

PM kata bagi permohonan BPN yang tak diluluskan, sila rayu lagi. Tempoh rayuan sampai 31/5/2020. Rayuan boleh mula dibuat dari 11/5/2020.

Dapatkan penjelasan apa yang tak kena. Boleh pergi kaunter LHDN. Dapatkan kepastian.

” Saya hendak pesan, kalau hendak ke kaunter, janganlah melenggang. Bawalah siap-siap bvkti atau dokumen yang relevan.

” Bayangkan orang ramai hendak beratur ikut penjarakan sosial, bukan main susah hendak sampai ke kaunter. Jadi siap sedia. Jangan ulang banyak-banyak kali datang sebab dokumen tak cukup.

1. Pastikan dah print out semua.

2. Kalau ada yang kata, gaji saya atau pendapatan tak sampai pun RM4000 tetapi tak dapat. Bawa semua bvkti, slip gaji print out.

3. Kalau kita kata, anak kita ramai. Hendak tanggung beberapa orang. Bawalah salinan segala surat beranak dan Mykid.

4. Kalau ada SSM, bawa siap-siap bvkti. Print out. Kalau ada bvkti-bvkti akaun yang menunjukkan memanglah perniagaan memang tak aktif. Bagus juga.

5. Kalau duda atau janda bawa salinan surat cerai..

6. Pendek kata, bawalah dokumen apa-apa yang hendak menyokong hujah anda.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Limau Ais

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Orang Ramai S3rbu LHDN Rayu BPN, Sekali Ada Sorang Peguam Cakap Jangan Datang Melenggang Jer"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*