Remaja Cuba Buka Pintu Kereta, ‘P4ksa’ Hulur Derma ??

Tular video remaja peminta sedekah cuba membuka pintu kereta seorang pengguna jalan raya.

Memetik Sinar Harian, kejadian dikatakan berlaku di lampu isyarat berhampiran persimpangan bertingkat Batu Tiga, Shah Alam.

Difahamkan, ketika sedang berhenti di lampu isyarat berkenaan, dia dihampiri seorang peminta sedekah dipercayai remaja warga Rhingya.

Kredit foto: Twitter

Menerusi video dirakamnya, kelihatan remaja terbabit berjalan dari kereta ke kereta meminta sedekah.

Bagaimanapun, apabila menyedari dirinya dirakam remaja terbabit meluru ke kereta mangsa dan cuba membuka pintu kereta itu dari luar.

Pasukan Sinar Harian yang membuat tinjauan di lokasi bagaimanapun memaklumkan tidak melihat kelibat remaja terbabit.

Menurut penunggang motosikal, Zudi Bahrom, 32, peminta sedekah terbabit sering dilihat berlegar di kawasan berkenaan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dulu memang ada remaja Rohingya minta sedekah, dia akan datang ke tepi kereta dan motosikal, kadang kalau kereta dia akan ketuk tingkap.

“Tapi, sekarang ini macam sudah tiada mungkin pihak berkuasa kerap buat rondaan, jadi dia pun mungkin tidak berani hendak datang sini,” katanya. – CARI

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : CARI

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Remaja Cuba Buka Pintu Kereta, ‘P4ksa’ Hulur Derma ??"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*