Buat kerja amal tagih perhatian? Ni Respon padu Anju

 KUALA LUMPUR: Bukan sedikit kontr0versi melatari kehidupan selebriti bermulut lantang, Zarina Anjoulie, 33. Di sebalik itu, bukanlah segala-gala dimiliki pelakon Anak Pontianak ini berbaur neg4tif.

Mungkin ramai tidak ramai, wanita berasal dari Nilai, Negeri Sembilan ini aktif melakukan kerja kebajikan sejak 10 tahun lalu. Kemuliaan hati Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju tersebar apabila berkongsi aktiviti kebajikan di laman Instagram (IG) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya melakukan kerja kebajikan sejak 10 tahun lalu sebagai hobi. Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu kegiatan saya. Ketika mula terbabit dalam projek amal, saya banyak membantu golongan memerlukan di daerah kediaman sahaja.

“Bagaimanapun, skop bantuan diperluaskan ke beberapa negeri lain selepas tempoh PKP. Namun, ada yang mend4kwa saya mengambil kesempatan PKP untuk meraih perhatian,” katanya kepada BH Online.

Zarina berkata, dia lebih suka menggunakan duit poket sendiri sejak dahulu.

“Biarpun tidak lagi berlakon, saya menjana pendapatan melalui ulasan produk IG. Alhamdulillah, hasil itulah saya gunakan untuk membantu mereka yang memerlukan. Saya berterima kasih kepada pengikut saya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sambung kat IG @sun.missing

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on

“Apabila mereka tahu saya menggunakan pendapatan yang dijana melalui IG review untuk diberi semula kepada masyarakat, ramai yang berminat menggunakan khidmat saya membuat ulasan produk mereka.

“Sebenarnya, ramai yang berminat menyumbang sedikit seorang, tetapi saya menolak wang mereka. Jika membabitkan kerjasama tanpa wang, saya terima. Ini kerana saya tidak mampu melakukan semua perkara sendirian,” katanya.

Zarina atau nama sebenarnya, Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul berkata, dia enggan menerima wang tunai kerana tidak mahu terjadi sesuatu yang tidak diingini yang akhirnya menjadi bahan ungkitan.

“Saya hanya menerima bantuan daripada teman rapat, contohnya, Nur Fazura. Sebagai langkah keselamatan, saya pastikan memuat naik resit pembelian barang dan berkongsi gambar bantuan yang disumbangkan. Ini penting supaya penyumbang tahu ke mana wang mereka disalurkan.

“Selain itu, jika ada pihak yang bersungguh-sungguh hendak menderma, saya akan meminta mereka menghubungi agen saya. Sejak PKP, saya ada ada 15 agen bagi memudahkan kerja kebajikan.

“Saya tidak boleh bergerak ke tempat lain. Jadi, wang disalurkan kepada agen untuk membantu golongan memerlukan di beberapa tempat di Kuala Lumpur, Subang, Petaling Jaya dan negeri lain seperti Perak,” katanya.

Mengulas tuduhan melakukan kerja amal untuk menagih perhatian, pelakon filem Ular dan Amir Dan Loqman Pergi ke Laut itu berkata, dia tidak perlu beritahu sudah lama menjalankan kerja kebajikan.

“Pada yang tahu, tahulah. Apa sahaja tohmahan atau tuduhan orang, tidak sedikit pun melunturkan semangat saya. Seperti saya katakan, saya lakukan kerja amal ini kerana hobi dan atas niat untuk membantu.

“Contoh paling mudah, kita boleh lihat ialah seperti apa yang berlaku kepada Ustaz Ebit Lew. Memang orang tidak pernah puas hati dengan apa yang kita lakukan. Buat baik pun orang tidak suka, apatah lagi buat perkara tidak baik. Bagi saya, kita tidak perlu fikirkan apa yang orang hendak cakap,” katanya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : HM

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Buat kerja amal tagih perhatian? Ni Respon padu Anju"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*