Suami Pelik Bila Malam Pertama Perkahwinannya Isteri Tak Dapat Tunaikan Dan Minta Cari Perempuan Lain. Rupa Rupanya Tak Sangka Ini Puncanya.

Assalamualaikum dan terima kasih andai luahan sy ni diterima untuk disiarkan. Semalam, sy buat sesi throwback. Dan sy rasa rindu yang amat, tapi sy tak boleh nak luahkan dekat sesiapa. So sy luahkan dekat sini. Nama sy Ri, sy kenal dengan Aisyah ni start dari sekolah. Tapi dia bawah sy.

Sebab umur dia 25 and sy sekarang 28. Kitorang fav student Ustaz Zaki, kitorang rapat, sebab ustaz selalu suruh kitorang pantau aktiviti pelajar. Ohh ya, dia sangat cantik. Kening lebat, kulit putih and suka senyum. Lepas sy habis sekolah, sy dengan dia lost contact tapi umur sy 25 kitorang dapat contact balik each other.

Sy confess kat dia, yang sy suka dia. Alhamdulillah diterima baik, dan dia cakap. Dia suruh tunggu habis study, baru datang merisik. Sy ikut je, taknak terburu-buru sebab masa tu kerja sy pun tak menentu. Tapi, dia ada dengan sy dari sy pakai kancil sampai laa sekarang sy dah ada kereta yang better dan selesa. Dari sy takde apa-apa sampai lah sy hampir ada segalanya.

Long story short, dia pun dah habis belajar. Sy ajak dia bertunang, dan family sy pun pergi jumpa parents dia untuk tarikh bertunang. Tapi seminggu sebelum bertunang tu, dia s4kitteruk. Demam, mvntah badan dia jadi kurus sikit. Disebabkan s4kitdia tu tak baik lagi, kitorang decide untuk tangguhkan pertunangan tu.

Kitorang kerap berg4duh, dalam sebulan tu 3-4 kali berg4duh. Sampai 1 tahap, dia block sy kat semua socmed termasuk whatsapp. Sy buntu, sy tak tau macam mana nak pujuk dia, sy masa tu memang give up and dah rasa yang dia bukan jodoh sy. Sy banyak berdoa minta petunjuk.

Dia makin kerap s4kit, muntah cairan merah. Perutnya s4kit, badan dia makin kurus. Pergi h0spital, appointment tak pernah miss, tapi masih taktau dia s4kitapa. Beribu habis, masih sama. Dan family Aisyah decide untuk pergi berub4t cara islam. And surprisingly, ya. Aisyah terkena buatan orang. Aisyah marah-marah sy, itu semua laki tu yang buat. Dia taknak sy ni rapat dengan Aisyah. Laki tu marah sebab Aisyah tak layan dia. Ustaz nak buang benda tu, tapi laki tu dapat rasa. And laki tu hantar yang lagi kuat.

6 bulan, keadaan Aisyah masih sama. 3 ustaz cuba untuk ub4tkan dia, tapi tak mampu sebab terlampau kuat. Aisyah minta sy cari lain, jangan tunggu dia. Sy dengar dia cakap macam tu, sy nangis. Sy terus bagitahu parents sy, sy nak nikah dengan Aisyah. Walaupun sy tau keadaan dia macam tu.

Alhamdulillah family sy faham sy, dan sy pun pergi ke rumah Aisyah untuk bagitau hasrat sy. Parents dia agak terkejut, termasuk lah Aisyah. Aisyah marah sy, dia cakap jangan kawin sebab rasa kesian. Cari laa perempuan lain, jangan dengan dia. Sy berkeras, sy nak kawin sebab sy nak jaga dia, depan mata sy.

Alhamdulillah sy selamat jadi suami dia, hanya kenduri simple. Malam lepas nikah tu, sy cakap dekat dia, “Yang, kita nikah simple-simple. Nanti bila awak dah sihat, kita buat majlis yang lain ye?”.. Lamaaa Aisyah tenung sy, lepastu Aisyah cakap dekat sy “takpe.. sebab sy tak boleh bagi apa yang awak nak, sy takde apa-apa, dah tak cantik macam dulu, dah tak mampu nak buat kerja macam dulu, and mungkin dah tak boleh happy kan ri macam dulu.” sy diam, sebab tahan air mata. Cengeng.

Esoknya, keadaan Aisyah makin tervk. Dia muntah-muntah dan keluar benda pelik, tak larat jalan, hanya terbaring. Ustaz call sy, dia bagitau yang lelaki tu marah sebab sy kawin dengan Aisyah. Sy suruh ustaz pulangkan, tapi ustaz tak bagi.

Hampir seminggu Aisyah terbaring. Malam Jumaat, Aisyah panggil sy, Dengan susah payah dia dia bisik kat sy “Ri.. Sya tak kuat dah ni, tolong halalkan makan minum. Ri cari pengganti, sya izinkan.. sya minta maaf, aisya tak bagi, tak mampu jalankan tugas isteri. Ri cari pengganti ye nanti..” Sy tunduk, sy menangis je.

Hari Jumaat esoknya, lepas kami semua bisikkan kalimah syahadah, Aisyah pergi menghadap ilahi. Dengan tenang, disisi sy and family Aisyah. Semuanya berjalan dengan lancar, masa Aisyah dikafankan, baru sy nampak wajah ‘sebenar’ dia. Dalam hati sy cakap “cantiknya awak sayang..”.

Puaslah kau lelaki, kau dah buat dia derita. Kau dah buat dia hilang hampir semua yang dia impikan. Dan kau buat sy hilang orang yang sy sayang. Semoga allah membalas atas apa yang kau dah buat pada Aisyah. Dan harini genap 2 tahun sy menjadi suami Aisyah. Dan sampai sekarang, sy masih belum dapat pengganti dia, dia sempurna kat mata sy. Aisyah yang sy sayang, sy tak dapat miliki dia. Allah pinjamkan sementara je. Menyayangi Tapi Tak Memiliki, itu lagi sakit.

Tolong jangan gunakan perbuatan terkutvk untuk dapatkan sesorang, mungkin korang tak pernah kena macam ni. So korang rasa meng4rut, tapi bila kau dah kena. Baru kau tahu apa yang sy rasa, tapi harapnya tak kena kat kau laa. Sy dah 2 kali kena, 1 orang d3ngki bisnes sy, 2 pasal Aisyah ni.

Al-Fatihah Aisyah. Ri belum jumpa perempuan yang sama macam awak. Awak memang special Aisyah.

Assalamualaikum.

– Fah

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Transformasi

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Suami Pelik Bila Malam Pertama Perkahwinannya Isteri Tak Dapat Tunaikan Dan Minta Cari Perempuan Lain. Rupa Rupanya Tak Sangka Ini Puncanya."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*