Audio kedua pula b0cor, suara Tun M barcakap buat ramai s3bak

Rakaman suara kedua dikatakan dirakam dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu sebelum keluar PH pula di muat naik ke Internet di laman web pro-Dr Mahathir Mohamad.

Suara mirip bekas perdana menteri itu meminta mesyuarat tidak memaksanya untuk mungkir janji meletakkan jawatan.

“Tolonglah jangan paksa saya.

“Jangan paksa saya buat sesuatu yang bertentangan dengan prinsip saya,” menurut individu itu dengan suara sebak.

“Saya janji saya tunai. Saya kata nak letak jawatan, saya letak jawatan.”

“Tapi saya kalau janji nak letak jawatan, saya tak dibenar meletak jawatan, itu salah saya sebab keputusan itu ada pada diri saya,” kata rakaman suara itu lagi.

Rakaman suara itu dipercayai membincangkan isu peralihan kuasa antara bekas perdana menteri itu dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Anggota MPT Bersatu A Kadir Jasin yang juga orang kuat Mahathir memberitahu Malaysiakini bahawa kandungan rakaman itu mirip seperti diucapkan Mahathir ketika mesyuarat.

 

Tokoh wartawan itu bagaimanapun berkata beliau bukan pakar untuk menentukan kesahihan rakaman itu.

Sumber yang dekat dengan Mahathir pula mengesahkan bahawa rakaman itu asli.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan maklum balas beberapa lagi anggota MPT Bersatu.

Dalam rakaman pertama yang bocor, individu dengan suara mirip Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin memberitahu mesyuarat supaya memberikan kepercayaan kepada Mahathir untuk menentukan kedudukan Bersatu dalam PH.

Portal ini difahamkan ia dirakam di penghujung mesyuarat pada 23 Februari.

Menurut rakaman suara itu, tiada siapa yang boleh memintanya supaya tidak melepaskan jawatan jika sudah buat keputusan sedemikian rupa.

Berdasarkan rakaman suara itu, ia dirakam dalam satu pertemuan dengan pihak yang menyokong Mahathir untuk terus menerajui negara.

“Sebab itu, hari ini akan diadakan satu mesyuarat dengan pihak-pihak mereka yang sokong saya dari parti lawan ini akan jumpa dengan saya dan inilah juga cerita yang saya akan sampaikan.

“Dengan itu perancangan untuk mengadap duli yang maha mulia untuk menyatakan bahawa saya dapat sokongan daripada majoriti tak perlu dibuatlah kerana saya dah dapat sokongan.

“Saya belum letak jawatan. Itulah cerita yang sebenarnya saya,” menurut rakaman audio itu lagi.

Pada 26 Feb lalu, Mahathir melepaskan jawatan sebagai perdana menteri ketujuh selepas tidak sampai dua tahun menerajui kepimpinan negara.

Keputusan itu dibuat di tengah-tengah kemelut yang menyaksikan Bersatu bertindak meninggalkan PH.

Dr M akhirnya rela disingkir dari Bersatu tapi bersyarat

Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad mengakui terdapat usaha untuk menyingkirkan beliau daripada parti yang ditubuhkannya.

Bagaimanapun, kata beliau, usaha untuk menggugurkannya daripada Bersatu itu perlu berdasarkan prinsip undang-undang.

“Dan kita dapati banyak kesalahan yang dilakukan dalam percubaan untuk singkir saya.

“Saya rela disingkir tetapi dengan cara yang mengikut undang-undang parti, perlembagaan parti.

“Kalau saya nak disingkir pun, jemputlah saya,” katanya pada suatu rakaman video hari ini.

Sebelum ini, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dispekulasikan sedang merancang untuk menyingkirkan Mahathir dan anaknya – timbalan presiden parti itu Mukhriz Mahathir. Ia berlaku di tengah-tengah persaingan politik antara Mahathir sebagai pengerusi parti dengan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Terdahulu, mesyuarat MPT Bersatu dirancang tanpa menjemput Dr Mahathir dan Mukhriz. Kemudian mesyuarat tersebut ditangguhkan.

Mengulas lanjut, Mahathir menunjukkan bagaimana Anwar Ibrahim diberi kesempatan untuk tampil membela dirinya di hadapan Majlis Tertinggi Umno sebelum dipecat pada 1998.

“Saya dulu biasa jadi pengerusi dalam Umno di waktu mana Majlis Tertinggi Umno menyingkir Anwar.

“Dia dijemput dan dia berucap dalam mesyuarat itu,” katanya lagi.

Setiausaha agung

Sementara itu, Mahathir turut mengulas mengenai pelantikan Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainuddin sebagai setiausaha agung.

Pelantikan Hamzah menggantikan Senator Marzuki Yahya yang diberhentikan daripada jawatan itu berkuatkuasa 18 Mac disahkan oleh Presiden Muhyiddin Yassin pada 26 Mac.

Mahathir menarik perhatian pemimpin PPBM kepada keputusan MPT mengenai ahli Umno yang menyertai parti itu selepas pilihan raya 2018.

MPT, katanya, menetapkan individu berkenaan perlu keluar Umno, mesti jadi bebas bagi suatu tempoh masa tertentu, dan jika diterima masuk parti, tidak boleh pegang apa-apa jawatan.

“Mereka juga mungkin tidak akan dilantik untuk jadi calon kalau ada pilihan raya,” katanya.

Mengenai kuasa presiden melantik setiausaha agung, video itu berkata perlembagaan menetapkan kena ada rundingan dengan pengerusi.

Sementara itu, Mahathir berkata PPBM mungkin akan hancur sekiranya pilihan raya umum diadakan, kerana ia tidak dapat sokongan Pakatan Harapan dan Umno.

“Jadi tinggal tergantung-gantung PPBM ini…tiada siapa pun sokong,” katanya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Trendingsgt

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Audio kedua pula b0cor, suara Tun M barcakap buat ramai s3bak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*