Masih Ingat Iklan Ni? Senyap2 Pergi Sebab Ayah Tak Bagi, Datin Shahida Dedah Kisah Yg Ramai Tak Tahu

Isteri kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid megimbau kenangan sewaktu pertama kali menjadi model iklan.

Menerusi laman sosial Instagram, Shahida berkongsi dia tidak menyangka panggilan daripada agensi pengiklanan menjadi pencetus kepada iklan pertamanya sewaktu berusia 20 tahun.

“Masa ni umur 20 tahun. Ada sesiapa ingat tak ni iklan apa?

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

masa ni umur 20 tahun…….. ada sesiapa x ingat ni iklan apa??? . Saya ni dapat berlakon iklan ni mcm tiba2 je…ibarat nya mcm x ada angin x ada ribut……..dapat telefon dari Agensi iklan suruh dtg casting….saya seumur hidup x pernah pergi casting…mula2 ingat tipu…tapi bila asyik call byk kali suruh dtg saya pergilah…saya pergi senyap2 dgn mak saya…ayah saya x bagi pergi sebab takut kena tipu…logik juga tiba2 nak kena casting utk iklam TV kan…….🤣🤣🤣 . Tapi jujurnya susah tau shooting iklan ni…….saya ni pemalu dan x byk cakap dulu…..smapai x tidur malam saya dibuatnya….lepas tu bila kena panggil casting lagi saya x pergi dah…mcm bukan jiwa saya je…..sekarang ni shooting2 ni mcm dah sebati pula dgn saya sejak2 berniaga……jadi model utk produk sendiri je la..

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

“Saya dapat berlakon iklan ni macam tiba-tiba je. Ibaratnya macam tak ada angin, tak ada ribut, dapat panggilan daripada agensi iklan suruh datang casting.

“Saya seumur hidup tak pernah pergi casting, mula-mula ingat t1ipu. Tapi bila asyik telefon banyak kali suruh saya datang, saya pergi.

“Saya kena senyap-senyap pergi dengan mak sebab ayah tak bagi pergi takut kena t1ipu,” tulis Shahida sebagai kapsyen foto iklan.

Menerusi iklan yang disiarkan pada tahun 2006 itu, Shahida memegang watak sebagai pelajar kolej yang meraih keyakinan untuk rapat dengan seorang pelajar lelaki setelah menggunakan syampu yang khusus untuk wanita bertudung.

Tambah Shahida lagi, dia mengakui agak sukar untuk berlakon iklan kerana sifatnya yang pemalu dan tak banyak cakap.

“Saya ni pemalu dan tak banyak cakap, sampai tak tidur malam dibuatnya. Lepas tu bila kena panggil casting lagi saya tak nak pergi dah. Macam bukan jiwa saya.

“Tapi sekarang sh00ting ni macam dah sebati pulak sejak saya berniaga, jadi model produk sendiri je,” ujar Shahida lagi.

Selain penggunaan model yang cantik dan kacak, antara daya penarik iklan ini juga adalah penggunaan lagu kumpulan popular tahun 90-an, Ingido yang berjudul Istimewa, cukup menggamit kenangan sehingga ke hari ini.

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Masih Ingat Iklan Ni? Senyap2 Pergi Sebab Ayah Tak Bagi, Datin Shahida Dedah Kisah Yg Ramai Tak Tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*