Mahathir kena bertindak pantas, Daim mula ulas pel3takan jawatan PM ??

e-SSM Portal

Peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri pada 24 Feb lalu menjadi permulaan kepada titik noktah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) hanya setelah 22 bulan gabungan itu berkuasa.

Dalam temu bual yang dihantar ke beberapa media, Daim Zainuddin yang dikenali sebagai teman rapat dan orang kepercayaan Mahathir ditanya apakah Mahathir – yang dikenali sebagai pakar seni politik negara – sebenarnya sudah melakukan kesilapan.

Merujuk kepada mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada malam sebelum hari peletakan jawatan Mahathir, Daim berkata, bekas perdana menteri itu harus bertindak secepat mungkin.

Tun M buat S1lap?

“Bukannya mudah untuk berkata adakah beliau buat kesilapan atau tidak. […] Bukannya dia ada banyak masa.

“Beliau kena buat keputusan secepat mungkin.

“Sekarang setelah melihat semua maklumat yang ada, amat mudah untuk berkata, beliau silap, atau tidak silap. Tetapi pada waktu itu – dan ketika beliau ditekan dari semua arah – adakah ia satu kesilapan? Kita tidak berada dalam kedudukan beliau pada masa itu,” katanya.

Peletakan jawatan Mahathir itu dibuat setelah Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa parti itu menarik diri daripada PH.

Dalam krisis politik yang berlarutan sehingga seminggu itu, Muhyiddin akhirnya dilantik sebagai perdana menteri untuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) sementara Bersatu tepecah dua, dengan sebahagian ahlinya masih menyokong Mahathir yang merupakan pengerusi Bersatu.

Mesti hormat mandat rakyat

Daim kemudian menegaskan, kerajaan baru tersebut telah mengkh1anati mandat rakyat.

“Prinsip saya masih tidak berubah. Ini adalah persoalan mengenai sah atau tidak sah perikatan tersebut.

“Parti-parti tersebut boleh bergabung untuk membuat sebarang perikatan. Tetapi bergabung untuk jadi kerajaan adalah tidak selari dengan kehendak dan mandat rakyat.

“Kita mesti hormat mandat yang diberi oleh rakyat, rakyat mengundi agar kerajaan PH memerintah selama lima tahun atau sehingga pilihan raya umum (PRU) (ke-15). Kita kena hormat kehendak rakyat.

“Penubuhan Perikatan Nasional tidak menghorm4ti mandat tersebut,” katanya lagi.

Daim turut membangkitkan soal ketidakseimbangan kaum dalam kerajaan baru dengan menyifatkan lantikan wakil MCA dan MIC dalam kabinet hanyalah sebagai lantikan ”simbol” dan “token”, kerana jumlah mereka yang kecil dalam kerusi parlimen.

Walaupun beberapa pemimpin MCA telah dilantik ke jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kata Daim, mereka tidak mempunyai suara di dalam hal ehwal kerajaan.

“Oleh itu, siapa sebenarnya yang mewakili rakyat bukan Melayu di dalam kerajaan?” soalnya.

MCA mempunyai seorang wakil dalam kabinet dan empat timbalan menteri manakala MIC pula hanya ada satu portfolio kementerian dalam PN, yang terdiri daripada tiga parti Melayu-Islam iaitu Bersatu, Umno dan PAS.

Melihat ke depan, Daim berkata kerjasama antara Bersatu, Umno dan PAS itu akan teruji dalam agihan kerusi dalam PRU akan datang.

“Saya tidak pasti bagaimana sebuah perikatan yang ada saingan antara tiga parti ini dapat memuaskan hati ahli-ahli mereka.

“Adakah agenda tolak-menolak, tarik-menarik antara ahli akan mengacau jentera kerajaan dan mengganggu semua inisiatif kementerian yang telah dirancang untuk rakyat?” soalnya lagi.

Baru-baru ini, kerajaan PN diancam pergeseran hangat yang berlaku antara Bersatu dan Umno, dengan Bersatu mendakwa Umno mengetepikan mereka melalui pelantikan politik dalam GLC.

Pergeseran tersebut sehingga menyebabkan timbul gesaan untuk diadakan pilihan raya semula di Johor.

Daim: Kenapa kekayaan, kuasa berada di tangan segelintir orang ‘tak layak’?

Bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin, hari ini mempersoalkan bilangan ahli politik yang dilantik ke dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) oleh pentadbiran Perikatan Nasioanl (PN) diketuai Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Menurut Daim, meskipun lantikan politik ke GLC dan GLIC adalah perkara biasa, tetapi ia menjadi “luar biasa” apabila terlampau ramai daripada mereka merupakan lantikan politik yang menurutnya dibuat secara semberono.

“Ramai orang melihat hal ini adalah usaha terang-terangan untuk membeli sokongan politik,” katanya dalam sesi temu bual yang dihantar ke beberapa organisasi media.

Berdasarkan perkiraan Malaysiakini, terdapat 39 lantikan penting dibuat PN membabitkan ahli parlimen atau Adun ke agensi kerajaan, pihak berkuasa pelabuhan, GLC, badan-badan berkanun dan duta-duta khas.

Daim kemudian menzahirkan kebimbangannya terhadap kelayakan tokoh yang dilantik dan apakah mereka mampu untuk membahagikan masa di antara tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan tugas di badan atau agensi berkenaan.

Katanya, ia merupakan salah satu persoalan yang belum terjawab berhubung proses lantikan itu. Selain itu, apakah niat kerajaan yang nampaknya “bersungguh-sungguh” mahu mengayakan ahli parlimen.

“Mengapa kerajaan ini mahu meletakkan begitu banyak kekayaan dan kuasa ke tangan golongan ‘istimewa’ ini walaupun tidak berkelayakan? Mengapa kek ekonomi ini semakin kecil dan hanya sedikit sahaja orang yang dapat?

“Kenapa kerajaan mengabaikan begitu ramai lagi mereka yang berbakat dan berkelayakan?

“Mengapa kerajaan menghina keupayaan golongan profesional yang sememangnya boleh menyumbang dengan lebih baik?” soalnya lagi.

Sedangkan, kata Daim, banyak lagi cara yang boleh diambil kerajaan bagi mengekalkan sokongan dan kesetiaan ahli parlimen tanpa perlu mencemarkan reputasi dan prestasi GLC serta GLIC.

Meskipun tiada undang-undang yang menghalang lantikan ahli politik ke GLC, pakar ekonomi terkemuka Prof Edmund Terence Gomez, berkata penyalahgunaan kuasa menjadi isu yang menekan apabila ahli politik yang dilantik menyalahgunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi masing-masing.

Semasa pentadbiran Pakatan Harapan, Daim mengetuai Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) dan dilantik sebagai utusan khas kerajaan ke China sebagai sebahagian usaha rundingan bagi mengurangkan kos projek ECRL.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : MB

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Mahathir kena bertindak pantas, Daim mula ulas pel3takan jawatan PM ??"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*