‘Allah jagakan keluarga Pak Aq’ – Ebit

“SAYU hati, banyak perkara sempat kami kongsikan bersama, keinginan, hajatnya dan doanya masa awal PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).”

Itu luahan pendakwah bebas, Ebit Liew yang kisahnya membantu Ishak Darus, 77, atau Pak Ishak dan keluarganya pernah mendapat liputan meluas bulan lalu.

Ebit datang memujuk dan membantu keluarga itu berpindah ke rumah baru dari rumah lamanya yang serba daif, April lalu.

Pak Ishak men1nggal dunia 8.30 pagi tadi di rumah mereka di Lorong Fajar, Taman Uda, Jalan Sultanah, Kedah.

Menerusi catatan di Facebook rasminya, Ebit berkata, beliau menerima berita kem4tian Pak Aq Kedah (Pak Ishak) pagi tadi.

“Pak Aq ingin menyediakan tempat tinggal buat isteri dan anak cucunya yang baik dan selesa.

“Malah, dia ingin hantar cucu ke tahfiz dan sekolah yang baik dan sayu masa dapat angkat Pak Aq bawa ke ambulans masa tu. Sempat pindah ke rumah baru.

“Saya cakap kepadanya mungkin esok lusa kita dah tiada, baki hidup ini kita siapkan bekalan dengan mendidik anak cucu dengan Islam dan kebaikan,” katanya.

Ebit berkata, walaupun hanya sekejap mengenali Pak Aq namun cukup memberi pengajaran kehidupan buatnya.

“Waktu sekejap kami bersama Pak Aq menjadi pelajaran kehidupan buat saya dan team (pasukan).

“Terima kasih penduduk setempat dan AJK masjid, JKKK dan semua yang membantu menguruskan pengebumian Pak Aq hari ini. Allah sayang semua.

“Pak Aq orang baik. Semoga segala ujian dan kesusahan yang Pak Aq lalui menjadi asbab syurga untuk Pak Aq. Allah sayang Pak Aq, semoga Allah ampuni dan cucuri rahmat ke atas jen4z4h beliau. Allah jagakan keluarganya,” katanya.

Berita berkaitan:

 

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : HM

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "‘Allah jagakan keluarga Pak Aq’ – Ebit"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*