Ditawar Pengajian Tahfiz Percuma Oleh PITAS, Ini Jawapan Balas Siti Kasim

PITAS TAWAR PENGAJIAN TAHFIZ UNTUK SITI KASIM

Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) yang menaungi 411 Maahad Tahfiz di Selangor dengan jumlah lebih 22 ribu pelajar bersedia membantu Siti Kassim mendalami Al-Quran secara percuma.

PITAS mempunyai Kompleks Pendidikan Al-Quran di Gombak yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia yang telah melatih ribuan para huffaz dan guru-guru hafiz di Negeri Selangor.

Bahkan sepanjang PKP ni kelas diadakan secara online dengan membariskan guru2 hafazan pakar bertaraf antarabangsa.

Saya percaya penyataan Siti Kasim disebabkan beliau belum merasai kehebatan MUKJIZAT Al-Quran seperti yang disebut oleh Imam al-Ghazali bahawa manusia yang mustahil untuk berubah pasti boleh berubah dengan kehebatan Al-Quran iaitu “التأثر بالقرءان”.

Insan yang dimaksudkan adalah Saidina Omar Al-Khattab yang asalnya membenci Rasulullah dan Islam bahkan ingin membunvh Rasulullah tetapi akhirnya berubah secara total dan tunduk dengan beberapa ayat di awal Surah TAHA.

Saranan Siti Kasim yang mahukan sekolah tahfiz ditutup jika mahu penghar4man ar4k adalah satu saranan yang di luar konteks dan tidak intelektual.

Saranan beliau tidak menunjukkan kecerdikkan berhujah dalam isu serius yang menyangkut keimanan, kesihatan akal dan keselamatan nyawa akibat pengambilan ar4k.

Kenyataannya hanya memaparkan sentimen kebencian beliau kepada pendidikan Al-Quran khasnya dan pendidikan Islam amnya yang terbukti boleh menjamin kesempurnaan modal insan (human capital) dan peradaban masyarakat.

PITAS percaya dengan kembali kepada Al-Quran seseorang mampu untuk berubah dan menjadi manusia yang beriman. Sebarang maklumat boleh layari www.pitas.com.my atau dm saya di IG : pu_hafiz

PU Hafiz Haneefa

PENGERUSI PITAS

Jawapan balas Siti Kasim (terjemahan ke dalam Bahasa Melayu)

Siti Kasim yang berkongsi keratan kenyataan tawaran oleh Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) itu turut memberi komen beliau.

” Apa yang saya beritahu sebelum ini?

” Sekolah Tahfiz BUKAN masalahnya. (Saya maksudkan) Mereka yang menguruskan sekolah Tahfiz itu yang bermasalah.

” Jika mereka tidak faham ayat mudah dalam Bahasa Inggeris tentang kenyataan saya iaitu PAS mahu gantung penjualan aIk0h0I, (maka) telahan saya betul dan tepat.

” Saya bersimpati dengan kanak-kanak itu, Tuhan tahu apa yang ada di sekolah (Tahfiz) sebegini.

Sementara menerusi ruangan, membalas komen seorang pengikut beliau yang berkata Siti Kasim sepatutnya menerima sahaja tawaran itu, Siti Kasim membalas;

” Saya akan terima jika saya mempunyai masa.” tulis Siti Kasim

Kredit: FB Siti Kasim

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : limauais

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Ditawar Pengajian Tahfiz Percuma Oleh PITAS, Ini Jawapan Balas Siti Kasim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*