Redzuan Mengaku dah Jumpa Tun M. Rupanya ni yang dia buat.

Itu kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof hari ini.

Terdahulu, Mohd Redzuan mengakui bertemu dengan Dr Mahathir semalam, di Yayasan Kepimpinan Perdana (YPK), Putrajaya kira-kira jam 9 pagi.

Ahli Parlimen Alor Gajah, Melaka itu mengesahkan yang pertemuan berkenaan berlangsung kira-kira 45 minit.

Mohd Redzuan berkata, walaupun sedang menjalani tempoh kuarantin, beliau mendapatkan kelulusan khas daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk berjumpa Dr Mahathir.

SAYA nasihat dan mengajak Tun (Tun Dr Mahathir Mohamad) supaya sama-sama bantu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ‘kawan-kawan’ untuk membina semula negara sebab kita sedang dilanda Cov1id-19. Nampak Tun positif dengan nasihat itu”.

Beliau turut menafikan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri itu ada kaitan dengan dakwaan kononnya beliau akan menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN).

“Ya memang betul saya berjumpa Tun. Saya jumpa di YKP lebih kurang jam 9 pagi. Saya boleh berjumpa selepas mendapat pelepasan daripada MKN, sebab saya negatif (Cov1id-19).

“Pertemuan itu perjumpaan biasa, ziarah sempena Aidilfitri. Kita kawan baik, kawan lama. Tidak ada bincang soal politik.

“Pertemuan itu juga bukan seperti dilaporkan media yang saya akan tinggalkan PN. Itu tidak betul. Itu semua f1tn4h orang yang ada kepentingan, yang nak burukkan saya,” katanya dihubungi BH hari ini.

Pengesahan Mohd Redzuan itu sekali gus menamatkan spekulasi kononnya beliau akan menyertai kem Dr Mahathir dan meninggalkan PN.

Semalam, pejabat Mohd Redzuan menafikan yang beliau akan mengadakan sidang media khas atas alasan masih menjalani tempoh kuarantin.

Mohd Redzuan menjalani proses kuarantin selepas menghadiri mesyuarat bersama Muhyiddin yang turut disertai seorang pegawai dipercayai positif Covid-19, minggu lalu.

Semalam, beberapa pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat menemui Dr Mahathir di Petaling Jaya.

Antaranya bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dan Dr Maszlee Malik (bekas Menteri Pendidikan).

Mohd Redzuan dan Dr Shahruddin didakwa antara pemimpin kerajaan yang disebut-sebut akan menarik diri daripada menyokong PN.

Mengulas lanjut, Mohd Redzuan menegaskan, beliau tetap fokus dan akan bersama-sama Muhyiddin untuk memastikan negara berjaya keluar daripada krisis ketika ini serta membina semula ekonomi yang terjejas akibat Covid-19.

“Perdana Menteri sudah menjalankan kerja baik dan sedang berusaha memperbaiki ekonomi negara.

“Kita juga kekal untuk melakukan perubahan, gunakan kaedah perundangan bagi memperbetulkan segala yang tidak betul. Itu semua keputusan Perdana Menteri. Kita perlu berdiri di belakang beliau,” katanya.

Berikut pula ulasan Perdana Menteri mengenai kemelut politik semasa negara

Selepas aksi terjah Tun M di Pejabat Bersatu, Muhyiddin mula bersuara

Sejak dilantik menjadi Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin amat jarang bercakap soal politik.

Malah beliau sebelum ini pernah berikrar untuk melebihkan kerja dan fokus kepada rakyat, berbanding berbicara pasal politik.

Namun berbeza kali ini, Muhyiddin terpaksa bersuara selepas beberapa kali namanya dipetik berkenaan isu perlucutan keahlian Bersatu, Tun Mahathir.

” Saya yakin dan percaya Bersatu akan terus teguh. Kita sudah menghadapi banyak cabaran daripada awal parti ini saya tubuhkan dan menempuh banyak duri dan ranjau dalam perjuangan.”

Demikian kata Presiden merangkap Pemangku Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu terlucutnya keahlian lima bekas ahli parti itu termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.

Muhyiddin sekali lagi menjelaskan lima Ahli Parlimen itu tidak dipecat sebaliknya perbuatan mereka yang melanggar perlembagaan menyebabkan keahlian terhenti dengan serta-merta.

Selain Dr Mahathir, empat lagi ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Datuk Amiruddin Hamzah dan Dr Maszlee Malik.

Mahu berlaku adil kepada semua..

Beliau berkata, pihaknya tidak mengambil tindakan terburu-buru walaupun terdapat banyak desakan supaya tindakan diambil lebih awal.

” Saya mahu berlaku adil kepada semua pihak dan memastikan apa saja tindakan yang dibuat mestilah berlandaskan perlembagaan parti.

” Tiada mana-mana individu yang mengatasi perlembagaan parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, beliau berharap ahli Bersatu dapat bersabar dan bertenang dalam menghadapi situasi terlucutnya keahlian lima bekas ahli Bersatu itu.

” Yang penting kita tidak berjuang demi mana-mana individu, tetapi demi agama, bangsa dan negara kita,” katanya.

Katanya, pasti ramai ahli parti dukacita dengan keputusan dibuat Dr Mahathir untuk tidak lagi berada dalam Bersatu.

Tun M yang memilih untuk bekerjasama dengan PH..

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : MB

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Redzuan Mengaku dah Jumpa Tun M. Rupanya ni yang dia buat."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*