Dr Noor Hisham dedah punca kluster baharu pangsapuri di Cheras

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat satu kluster baharu di pangsapuri di Cheras, Kuala Lumpur, dipercayai berpunca daripada aktiviti kunjung-mengunjung ketika Aidilfitri.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes pertama kluster berkenaan dikenal pasti daripada saringan pelajar pusat tahfiz yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan KKM.

“Bagaimanapun, melalui penyiasatan dijalankan, tiada pelajar, guru atau kakitangan dari pusat tahfiz itu yang mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling.

“Sehingga kini, terdapat enam kes dalam kluster ini iaitu tiga kes membabitkan penghuni pangsapuri dan tiga kes lain di luar kawasan pangsapuri.

“Mereka dikesan melalui tindakan pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection),” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, kes positif kluster itu membabitkan ahli keluarga dan rakan kepada kes pertama yang dikesan.

Menurutnya, punca jangkitan kluster itu masih dalam siasatan, namun besar kemungkinan penularan Covid-19 berkaitan dengan aktiviti kunjung-mengunjung sebelum dan semasa Hari Raya Aidilfitri.

“Susulan itu, siasatan dan saringan kontak rapat bagi enam kes dijalankan. Setakat ini seramai 120 orang dikenal pasti dan disaring.

“Daripada jumlah itu, enam kes positif, 76 kes adalah negatif dan 38 masih menunggu keputusan.

“Selain tindakan Active Case Detection yang mula dilaksanakan di pangsapuri berkenaan, beberapa langkah kawalan penularan turut giat dijalankan antaranya pengasingan kontak dan aktiviti persampelan, aktiviti nyah kuman dan nyah cemar, hebahan pendidikan kesihatan berkaitan pencegahan jangkitan Covid-19,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham mengingatkan masyarakat meskipun Syawal dan sambutan Aidilfitri secara lazimnya disambut selama sebulan, diadakan rumah terbuka dan perhimpunan secara beramai-ramai, masyarakat masih tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan ia dilarang sama sekali dan orang ramai digesa supaya elakkan aktiviti kunjung-mengunjung.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber: HM online

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Dr Noor Hisham dedah punca kluster baharu pangsapuri di Cheras"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*