“Pelajar Akan Kembali Ke Sek0lah,” Garis Pandvan Pembvkaan Diedar Mulai Es0k

e-SSM Portal

Satu demi satu khabar gembira berkenaan perkembangan negara berhubung penularan Covid-19.  Selepas banyak sektor ekonomi dibuka semula, nampaknya sekolah-sekolah juga akan dibuka kembali tidak lama lagi.

Dalam laporan yang dibuat Bernama, garis panduan akan mulai diedar pada 4 Jun 2020 (Khamis) bagi membolehkan pihak sekolah dan guru-guru membuat persediaan sewajarnya.

Hal ini disampaikan sendiri  Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin apabila melakukan lawatan kerja bagi persediaan pembukaan semula sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain, Semenyih.

“Kita keluarkan garis panduan ini bagi melihat apakah kaedah yang perlu dilakukan dalam konteks pembukaan sekolah dan persiapan sewajarnya harus dilakukan oleh pihak sekolah bagi memastikan bila sahaja kita umumkan pembukaan maka setiap sekolah telah bersedia.”

Tambahnya lagi, pembukaan sesi persekolahan akan dimaklumkan nanti apabila sudah tiba waktunya dan pastinya maklumat tersebut akan diberitahu 2 minggu sebelum tarikh sekolah dibuka.

“Apabila KKM dan MKN merasakan sudah sampai masanya sekolah dibuka maka kita akan umumkan dua minggu sebelum ia dibuka… kami belum menetapkan sebarang tarikh untuk pembukaan sekolah.”

Selain itu, Dr Mohd Radzi turut memberitahu bahawa pembukaan sekolah kelak hanya melibatkan pelajar Tingkatan 5 dan 6 sahaja dengan hampir 3,000 sekolah menengah di seluruh negara yang akan dibuka.

Disamping itu, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah iaitu Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia yang turut sama mengiringi lawatan menteri Pendidikan turut telah menzahirkan penghargaan buat tenaga pengajar  dan pengurusan sekolah yang begitu serius dalam memastikan pematuhan kepada garis panduan yang disediakan.

Ucapan tersebut dimuat naik di laman Facebook miliknya dengan memuat naik gambar-gambar semasa lawatang ke sekolah yang berlangsung semalam.

Sumber : BernamaDr Noor Hisham Abdullah

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : http://www.mediakita.dnq.news/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Pelajar Akan Kembali Ke Sek0lah,” Garis Pandvan Pembvkaan Diedar Mulai Es0k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*