Lupakan “Isv Perkavman”! Ini 5 “Momen Manis” Yang Anda Mungkin Terlepas Pandang! Spread Positivity Guys!

e-SSM Portal

Pantang ada isu membabitkan perkauman walaupun di luar negara, pasti ada sesetengah individu cuba membabitkan Malaysia.

Biarpun diakui masih ada golongan sebegitu, namun ia tidak sepatutnya menjadi kayu pengukur kemakmuran negara.

Gempak senaraikan lima momen indah membuktikan Malaysia sebenarnya satu negara yang majmuk! Spread positivity guys!

#1 Amoi Bantu Mat Rempit

Jika anda masih ingat kejadian ini berlaku sekitar Mei 2017.

Seorang doktor wanita telah membuktikan perbezaan kaum bukanlah isu besar, malah dia sanggup memberhentikan keretanya untuk memberi bantuan kecemasan kepada penunggang motosikal yang tersadai di tepi jalan akibat kem4lang4n.

Tidak kira bangsa atau label ‘mat rempit’, apa yang penting adalah bantu sesama manusia.

#2 Mulianya Hati Uncle Kentang

 

Selepas pasar 10 sen, rumah RM1, ambulan dan teksi 10 sen diwujudkan, Persatuan Kepolisan Masyarakat (CP) Malaysia memperkenalkan pula khidmat van jen4z4h percuma untuk digunakan penduduk kurang berkemampuan di sekitar Puchong.

Presidennya, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang berkata, diaterdetik mewujudkan kemudahan itu selepas melihat kesukaran waris tidak berkemampuan yang mempunyai ahli keluarga meninggal dunia membawa balik jen4z4h dari hospital atau pulang ke kampung halaman.

#3 Ustaz Ebit Lew

 

Bantuan tanpa mengira kaum dan agama, itulah yang ditunjukkan Ustaz Ebit Lew apabila tampil menghulurkan sumbangan di kawasan penempatan masyarakat berbangsa India dan Cina 

Anda boleh lihat kesemua aktiviti sumbangan itu menerusi akaun YouTube Ebit Lew.

Menerusi video berkenaan, Ebit menyerahkan sumbangan seperti barangan keperluan dan wang perbelanjaaan.

#4 Cikgu Bantu Keluarga Sambut Tahun Baru Cina

 

Usaha murni dilakukan oleh seorang sukarelawan yang membantu sebuah keluarga Cina meruntun hati netizen.

Biarpun berlainan bangsa, tindakan mulia itu telah menerima pujian ramai.

Menurut Mohd Fadli, pertemuan antara dia dan keluarga berkenaan terjadi apabila seorang penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) mengadu mengenai keluarga tersebut.

#5 Tiga Dalam Satu!

 

Kejadian berlaku apabila rumah warga emas berbangsa Cina ini terputus bekalan elektrik.

Namun, mujur seorang wanita India tampil membantu menghubungi Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Tambah manis, juruteknik yang membaiki masalah itu pula berbangsa Melayu.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Gempak

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Lupakan “Isv Perkavman”! Ini 5 “Momen Manis” Yang Anda Mungkin Terlepas Pandang! Spread Positivity Guys!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*