‘Selepas peluk Islam, saya teruja tunggu waktu solat’

JOHOR BAHRU – “Selepas saya peluk Islam, saya teruja tunggu waktu solat malah merasai masa berlalu begitu pantas,” luah seorang wanita yang memilih 3 Jun lalu sebagai tarikh istimewanya untuk memeluk Islam.

Ibarat kembali kepada fitrah asal manusia, Shannon Lyn Anak Peter, 22, berasal Kuching, Sarawak, memeluk Islam di Pejabat Agama Islam Johor Bahru pada jam 12.45 tengah hari.

Dia yang kini bekerja di bandaraya tersebut berkata, minat mendalami Islam timbul sejak di bangku sekolah semasa usia 11 tahun kerana dikelilingi rakan-rakan Melayu.

“Ketika kelas Pendidikan Islam, saya tidak keluar kelas sebaliknya turut mendengar apa yang guru ajar.

“Saya pernah ikut ustazah dan rakan sekelas ke bilik khas untuk belajar agama Islam. Tersentuh hati mendengar ayat suci, saya mula jatuh cinta dengan Islam,” katanya kepada Sinar Harian.

Shannon Lyn atau nama Islamnya, Nur Lyn Umairah Peter Abdullah mengakui dirinya merasa lebih tenang sejurus mengucapkan syahadah dan akan terus mendalami Islam.

“Lebih tenang bila dengar alunan bacaan al-Quran dan azan,” katanya.

Shannon Lyn atau nama Islam, Nur Lyn Umairah Peter Abdullah mengakui dirinya merasa lebih tenang sejurus mengucapkan syahadah dan akan terus mendalami Islam.

 

Shannon Lyn atau nama Islam, Nur Lyn Umairah Peter Abdullah mengakui dirinya merasa lebih tenang sejurus mengucapkan syahadah dan akan terus mendalami Islam.

Anak bongsu daripada tiga beradik ini berkata, keputusannya untuk memeluk Islam sukar diterima oleh keluarganya.

“Kalau bercakap tentang tanggapan keluarga, apa yang saya boleh katakan tidak semua keluarga boleh terima anak mereka untuk tukar agama.

“Bukan mereka menentang niat saya tetapi ia agak berat buat mereka namun lama-kelamaan mereka menerimanya.

“Saya tak salahkan mereka sebab ini semua kehendak sendiri. Saya juga selalu berdoa supaya ALLAH lembutkan hati ibu bapa,” katanya yang turut memberitahu kakak sulungnya juga memeluk Islam pada 2016.

Berketurunan suku kaum Iban, Shannon Lyn berazam menambahkan ilmu agar istiqamah.

“Buat masa ini, saya perlu menjaga aurat dengan betul. Saya nak fokus kepada belajar agama.

“Ramai yang mendorong dan memberi semangat untuk saya memeluk Islam. Saya amat terharu,” katanya.

Sebelum ini, kisah Shannon Lyn tular di laman sosial kerana berkongsi kegembiraannya memeluk Islam hingga menarik perhatian netizen yang mendoakan kesejahteraannya.

Dia juga tak menyangka ramai prihatin dengan kisahnya kerana niat asal hanya sekadar berkongsi tentang perubahan dalam dirinya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Sinar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "‘Selepas peluk Islam, saya teruja tunggu waktu solat’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*