Beribu Org Mahu Serbu Langkawi, Tapi Berjuta Rakyat Malaysia Dah Tak Sabar Nak Solat Berjemaah di Msjid

Berita tentang 1000 tempahan hotel di Langkawi habis dalam masa sejam selepas sektor pelancongan dibuka mencuri tumpuan ramai hari ini.

Bagaimanapun kebenaran menunaikan solat berjemaah di masjid adalah yang paling dinantikan oleh berjuta umat Islam di Malaysia.

Menteri Kanan (keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kelonggaran untuk solat Jumaat dan berjemaah berasaskan keluasan masjid.

Selain itu, ia juga khusus buat warganegara Malaysia sahaja dan warga asing tidak dibenarkan menyertainya.

Menteri Kanan (keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebaik kerajaan mengumumkan kelonggaran solat Jumaat dan berjemaah berasaskan keluasan masjid, ianya khusus buat rakyat Malaysia sahaja.

” Apabila kita sebut kerajaan membenarkan (solat berjemaah dan Jumaat) tertakluk kebenaran dan keputusan Yang di-Pertuan Agong dan bagi negeri beraja keputusan bergantung kepada Sultan di negeri masing-masing.

” Sebaik kita umum kelonggaran ini semalam, ia tidak termasuk warga asing dan hanya untuk warganegara Malaysia saja.

” Pertamanya, mungkin isu membabitkan warga asing yang positif C0vid-19 lebih tinggi di negara kita dan kedua jika warga asing memenuhi masjid, rakyat Malaysia tidak berpeluang untuk melakukan ibadah itu,” katanya.

Katanya, setakat ini kebenaran solat berjemaah dan Jumaat hanya untuk rakyat Malaysia saja.

SOP tunggu perkenan YDPA dan dijangka diumum dalam masa terdekat

Sementara itu Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hari ini membentangkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perluasan Kapasiti Jemaah bagi Solat Jumaat dan Solat Berjemaah dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri.

Menterinya Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata prosedur itu dijangka diumumkan dalam masa terdekat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada minggu hadapan.

” Ramai yang merindukan masjid dan surau sebagaimana juga saya.

” Ini adalah tempoh penting bagi sektor sosial (aktiviti masjid dan surau) untuk memasuki fasa strategi keluar (sepanjang pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat),” katanya.

Ketika ini, solat Jumaat dan solat berjemaah dibenarkan semula di masjid, surau Jumaat dan surau terpilih dalam Zon Hijau C0vid-19 di Wilayah Persekutuan dengan bilangan jemaah minimum tiga orang, tidak termasuk imam, dan tidak melebihi 30 orang.

Peraturan baru kebenaran solat berjemaah berasaskan keluasan masjid pula, bermaksud sekiranya masjid tersebut besar dan luas, maka ramailah dapat solat berjemaah.

Sementara itu berdasarkan komen warganet di laman page Dr Zulkifli, terdapat segelintir yang mempersoalkan bila masjid akan dibuka sepenuhnya.

” Kalau x boleh solat di masjid atau surau.. at least ada bg sikit ruang solat di tepi balkoni surau dan ruang luar masjid ke surau..atau sediakan ruang khas utk solat” komen Izhar

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber: asiakini

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Beribu Org Mahu Serbu Langkawi, Tapi Berjuta Rakyat Malaysia Dah Tak Sabar Nak Solat Berjemaah di Msjid"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*