Hana Azraa d3dah, mereka sudah rujuk. Ini reaksi ‘sempoi’ PU Abu

Kisah rumah tangga pendakwah bebas PU Abu Sufyan, sekali lagi kembali hangat diperkatakan selepas Hana Azraa, isteri daripada perkahwinan kedua membuka mulut mengenai status antara suaminya dan Ain Afini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Hana Azraa yang juga merupakan usahawan kosmetik bertindak mended4hkan segala spekulasi mengenai status perkahwinan mereka, kerana sudah tidak tahan lagi dilemparkan dengan pelbagai tuduhan.

Ain dan Abu dah rujuk

Justeru, Hana Azraa memberitahu bahawa Pu Abu dan Ain Afini masih lagi suami isteri, pasangan itu rujuk kembali selepas dua minggu dia dan Pu Abu bernikah.

“Depa tak mahu mengaku biar I habaq. I habaq bukan sebab busy body ka apa, serius tak dak tapi sebab orang duk tuduh I yang bukan-bukan…”

“Ya, depa dua tu masih suami isteri. Ain dan Abu Sufyan rujuk dua minggu selepas kami nikah…”

Abu Suruh Tanya Hana Sendiri 

PENCETUS Ummah (PU) Abu Sufyan mengambil langkah ‘kunci mulut’ susulan dakwaan bekas isterinya iaitu Hana Azraa berhubung dia sudah rujuk kembali dengan isteri pertama Ain Afini.

Menurut Abu, dia enggan menggunakan laman sosial sebagai platform bercerita tentang kehidupan peribadinya.

“Soal rumah tangga atau urusan peribadi saya mengambil jalan untuk ke belakang dalam isu ini kerana laman sosial bukan tempat untuk saya cerita hal tersebut.

“Saya tak nak komen apa-apa berhubung perkara itu dan kalau nak tahu lebih lanjut kena tanya Hana sendiri, ” kata PU Abu ketika dihubungi mStar.

Abu enggan mengulas dakwaan Hana mengenai status rumah tangganya dengan Ain.

PU Abu diminta untuk mengulas mengenai kenyataan dan pended4han bekas isterinya Hana Azraa yang mendakwa dia sudah rujuk semula dengan isteri pertama iaitu Ain Afini selepas dua minggu berkahwin dengan Hana.

Menerusi laporan mStar pada Ahad, Hana mended4hkan Abu Sufyan sudah kembali rujuk sebagai pasangan suami isteri dengan isteri pertamanya, Ain Afini.

Pended4han Hana ini susulan satu posting yang dibuat Abu di Instagram sempena ucapan hari lahir anak pertamanya, Muhammad Adam Aysar.

Dalam pada itu, Hana menjelaskan dia tidak berniat untuk mengaibkan mana-mana pihak namun tujuan pended4han dibuat disebabkan enggan membiarkan anaknya, Muhammad Uwais Al-Mateen menjadi mangsa kecaman netizen.

Kata usahawan kosmetik berasal dari Kedah ini, dia berharap pendakwah bebas dan Ain tidak perlu lagi merahsiakan mengenai hubungan mereka yang telah kembali sebagai suami isteri.

“Saya terpaksa mended4hkan perkara itu di laman sosial sebab dah terlalu mendiamkan diri. Bila saya diam, orang salahkan dan kutuk saya malah ada juga netizen yang kaitkan anak saya sekali dalam hal ini.

“Tujuan saya muat naik status tersebut bukan untuk membuka a1b mana-mana pihak tetapi hanya ingin memberi penjelasan dan membersihkan nama saya supaya mereka berhenti berkata bvruk mengenai anak saya juga.

“Apa yang saya harapkan agar Abu dan Ain mengaku sahaja yang mereka sudah kembali sebagai suami isteri. Tak payah berd0lak dalih sehingga menyebabkan orang tidak henti meny4lahkan saya dan anak saya, ” ujarnya.

Hana mempunyai anak bersama PU Abu iaitu Mateen dan seorang anak perempuan, Aishah hasil daripada perkahwinan pertamanya.

Pada April lalu Hana turut mended4hkan dia sudah diceraikan Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi.

Hana dan PU Abu mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu dan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari.

Kontrov3rsi rumah tangga PU Abu dengan Ain Afini Latif pernah mendapat perhatian netizen di laman sosial sekitar April tahun lalu.

PU Abu dan Ain dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Adam Aysar di Hospital Shah Alam pada 7 Jun lalu.

Mateen dan Adam anak aku

Difahamkan, tindakan Hana membuat pended4han itu selepas Abu Sufyan memuat naik video memaparkan ucapan hari jadi buat anaknya bersama Ain ‘Afini, Adam Aysar yang disertakan ucapan berserta nama anaknya bersama Hana, Mateen.

Dikatakan, ada segelintir netizen cuba membandingkan Mateen dan Adam, namun pendakwah itu membalas menerusi IG story supaya berhenti berbuat demikian kepada kedua-dua anaknya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : MB

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Hana Azraa d3dah, mereka sudah rujuk. Ini reaksi ‘sempoi’ PU Abu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*