‘Per4ng’ Krisdayanti, Raul dan anak-anak, ini sebenarnya yg berlaku

PERTEL1INGKAHAN antara keluarga penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti dan Raul Lemos dengan anak-anaknya, Aurel dan Azriel Hermansyah nampaknya semakin meruncing lebih-lebih lagi apabila isu baru mula timbul pada hari pertama Aidilfitri lalu.

Tiga hari lalu, anak kedua hasil perkahwinan dengan bekas suami, Anang Hermansyah iaitu Azriel berkongsi muat naik dengan kapsyen panjang di Instagram.

“Mimi (ibu), apa salah kami? Apa salah kalau sesekali kami minta diberi perhatian. Dari dulu awal kenal Om (Raul), adakah pernah kami mel4wan? Adakah pernah kami tidak ci1um tangan? Adakah pernah kami kongsikan s4kit kami dulu? Tak pernah Mimi.

“Kerana kami sayang kepada Mimi, kami tahan semua untuk hargai Mimi. Dan Jiel (Azriel) fikir, semua sudah sama-sama bahagia. Kami (Azriel dan Aurel) sihat dan bukan anak yang nakal. Alhamdulillah, kami jadi seperti sekarang,” tulisnya di Instagram.

Dalam muat naik itu juga, Azriel bertanya kepada ibunya yang dipanggil ‘Mimi’ sama ada Raul pernah berusaha untuk rapat dengan mereka adik-beradik.

“Adakah Om pernah berusaha mendekati kami? Yang ada, selalunya cuma mahu dihorm4ti. Om setiap hari burvkkan kami dan membelakangkan kami, kami diam. Tapi, kalau terus dilayan begini, adakah mahu Jiel keluarkan rakaman Om mem4ki h4mun kami di telefon hujung minggu lalu.

Anak Krisdayanti bersama bekas suami Anang iaitu Azriel bersama kakaknya Aurel Hermansyah. FOTO Instagram Azriel
Anak Krisdayanti bersama bekas suami Anang iaitu Azriel bersama kakaknya Aurel Hermansyah. FOTO Instagram Azriel

“Mimi cuma diam melihat Om tulis-tulis ‘story’ (Instagram Story). Mimi cuma diam malah menyalahkan kami selepas Om mem4ki h4mun. Sampaikan, Bunda (Ashanty) dan Pipi (Anang) juga dim4ki,” tulisnya.

Menurut Azriel yang cukup dikenali sebagai seorang pendiam dan tidak banyak ‘drama’ itu lagi, tindakan bapa tirinya itu mengganggu psikologi kakaknya sekaligus membuatkannya tertekan.

“(Tindakan itu) sampai membuatkan kakak (Aurel) tertekan dan mengganggu ps1ikologinya. Jiel pun turut tertekan. Adakah hanya kami yang sentiasa harus berusaha?

“Terakhir, Bunda ajak menyambut Aidilfitri bersama dua keluarga tanpa ‘sh00ting’, Mimi juga tak boleh. Kenapa Om bencikan kami sangat sehingga Mimi pun harus mengikutnya dengan menulis di ruangan komen seperti kanak-kanak?” tulisnya.

Katanya, dia m4lu untuk menulis hal sebegini di media sosial, tapi kesabarannya ada batasan.

“Jiel malu tulis-tulis begini Mimi, tapi kerana Om yang mulakan menulis pelbagai si1ndiran, kesabaran Jiel juga ada batasnya. Biar kita semua malu sekalian. Biar semua orang tahu apa yang sebenarnya berlaku.

“Tolong Mimi dan Om, jangan sakiti Pipi. Pipi orang yang paling sabar di dunia. Jangan ungkit yang dulu-dulu. Dia selalu mendidik kami supaya bersopan santun dan menghargai Mimi,” tulisnya.

Isu timbul apabila Aurel menulis komen di Instagram penyanyi lagu Menghitung Hari itu dan bertanya sama ada dia ada masa untuk bertemu dengan anak-anaknya.

 Krisdayanti kemudiannya berkongsi tangkap layar perbualannya dengan Aurel di WhatsApp dan menafikan bahawa dia mengabaikan anak-anaknya yang kini tinggal bersama Anang dan Ashanty.

Semalam, Raul berkongsi muat naik di Instagram Story yang seperti ditujukan kepada Azriel dan Aurel.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : HM

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "‘Per4ng’ Krisdayanti, Raul dan anak-anak, ini sebenarnya yg berlaku"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*