Secantik Nama Seindah Makna, Rupanya Ini Maksud Nama Anak Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana…

Selain kecomelan cahaya mata sulung mereka, nama unik anak kepada pasangan pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana, Arwa Malaikha Urwa menjadi perhatian peminat di laman sosial.

Secantik namanya, rupanya Arwa Malaikha Urwa mempunyai maksud yang indah.

“Sedap namanya secantik orangnya. Alhamdulillah. Apa maknanya? Boleh aunty tahu?” tanya seorang pengikut Instagram bernama Thalisah Siti di ruangan komen Instagram Adhwa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Arwa Malaikha Urwa Binti Nadzmi Adhwa ❤️ @babyadhwardell 👶🏻 My precious baby girl lahir pada hari Jumaat juga 😘 Alhamdulillah umur dah masuk 7 Hari 🥰 Video ni masa lepas Urwa baru je lahir dan diqamatkan 😚 Terima kasih Allah atas kurniaan mu ini 🤲🏻 Salam Jumaat 😍

A post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on

Menjawab persoalan peminat, Adhwa menerangkan maksud nama puteri sulung mereka yang diambil bersempena dengan nama tokoh pemimpin wanita Islam yang mempunyai latar belakang dan sejarah yang hebat.

“Arwa binti Kuraiz: Ibu kepada Khalifah Uthman bin Affan. Serikandi Islam yang terkenal dengan sifat dermawan, murah hati dan menghorm4ti orang lain.

“Malaikha Urwa: Wanita Islam yang hebat, dakwah melalui cara dakwahnya yang tersendiri dan wanita pertama yang pernah memerintah Yaman selama 50 tahun pada abad ke-11,” kongsinya.

Rata-rata peminat memuji maksud dan keindahan nama anak kepada pasangan comel ini.

Sekdar info, Adhwa dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019 dan Ardell selamat melahirkan Arwa Malaikha Urwa pada 5 Jun lalu.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Secantik Nama Seindah Makna, Rupanya Ini Maksud Nama Anak Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*