Tak ‘Declare’ Kembali Bersama, Intan Najuwa & Bekas Tunang Tak Pernah Gadvh

“Kalau ada jodoh, adalah,” kata pelakon popular, Intan Najuwa, 23, sekali gus mengesahkan gambar lelaki yang dimuat naik di Instagram, adalah bekas tunangnya yang juga ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, 39.

Memetik laporan Harian Metro, Intan berkata selepas putus pada Februari lalu, hubungannya dengan Razrul tetap baik.

Intan yang popular menerusi drama Setelah Ku Dimiliki turut menyifatkan dia dan Razrul kini mahu menjalani kehidupan dengan lebih matang.

“Betul, lelaki dalam gambar itu adalah bekas tunang saya. Di kapsyen pun tak ada tulis kami kembali bersama atau apa. Cuma, ingin dijelaskan perhubungan kami masih baik, walaupun selepas putus tunang tempoh hari.

“Saya tak mahu kalau cakap kembali bersama orang menganggap kami macam budak-budak pula. Jadi, biarlah saya jalani dengan ‘follow the flow’. Biarlah antara kami saja faham dan jalani secara matang.

“Tambahan pula, selama ini kami tak pernah bergadvh pun. Memang tak ada masalah begitu juga dengan keluarga kami. Semuanya okay saja,” katanya.

Intan yang kini menjalani penggambaran drama Pink Smile bagi slot Lestary, TV3 memohon doa yang terbaik buat mereka.

“Saya memuat naik gambar itu bukan bertujuan untuk buat kontr0versi pun. Ia sekadar ‘posting’ (hantaran) suka-suka. Mohon doakan yang baik-baik buat kami,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Intan Najuwa, 22 🇲🇾 (@intannajuwa) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Nampak tak muka excited intan,sebab tengok iphone 11 pro max ni lawa sangat 😍 . Intan rasa nak buat contest lah ?🤔 syarat dia mudah je !! Like gambar Intan ni spam komen “SAYA NAK” dekat bawah, follow ig Intan dgn @gadgetmen sebagai sponser & pastikan aktif ❤️ . Komen terakhir “SAYA NAK” dikira sebagai pemenang !! Hadiah berupakan iphone yg korang akan dapat dari dorang !! Pemenang akan diumukan di ig @gadgetmen, so good luck & all the best guys ❤️

A post shared by Intan Najuwa, 22 🇲🇾 (@intannajuwa) on

Pada bulan Februari lalu, Intan membuat pengakuan tentang ikatan pertunangan bersama Razrul sudah terlerai. 

Terdahulu, Intan dan Razrul melangsungkan pertunangan pada 18 Ogos 2019 di Johor Bahru.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Tak ‘Declare’ Kembali Bersama, Intan Najuwa & Bekas Tunang Tak Pernah Gadvh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*