Had Umur Pengeluaran KWSP Ditukar Kepada 65 Tahun? Ini penjelasannya

Covid-19 menyerlahkan perlunya perlindungan yang lebih besar kepada golongan rakyat Malaysia yang terdedah terhadap d4mpak w4bak itu. Sejajar dengan itu, Bank Dunia telah mempertimbangkan saranan memperkenalkan skim pencen sosial yang dibiayai oleh negara yang akan meningkatkan bantuan kepada warga emas.

Mengulas perkara ini semasa forum dalam talian Bank Dunia, Ketua Pegawai Strategi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Nurhisham Hussein berkata terdapat keperluan bagi rakyat Malaysia untuk meneroka kontrak sosial baru mengenai bagaimana mereka ingin melindungi diri mereka dari segi kewangan pada masa depan.

“Kami memerlukan kontrak sosial baru, rakyat perlu bersetuju sekiranya ini adalah jenis faedah yang mereka mahukan, mereka harus bersetuju bahawa inilah cara kita perlu membiayai.

“Kita tidak boleh secara tidak sengaja memaksakannya dari atas. Ini memerlukan perundingan dan persetujuan daripada orang ramai, dan ia memerlukan tadbir urus yang lebih kukuh,” katanya hari ini.

Bank Dunia dalam laporan Pemantau Ekonomi Malaysia yang diterbitkan hari ini, berkata pada usia 54 tahun, ramai pekerja mempunyai baki simpanan KWSP di bawah RM150,000, manakala hampir tiga perempat mempunyai baki di bawah RM250,000.

Ini kata Bank Dunia tidak mencukupi untuk menampung kehidupan selepas bersara, sementara bantuan kerajaan yang ada seperti Bantuan Orang Tua (BOT) tidak mencukupi, hanya membantu 26.4 peratus warga emas yang berada di bawah 20 peratus.

Oleh demikian, institusi perbankan antarabangsa itu berkata pencen sosial tanpa sumbangan sangat penting untuk membantu golongan warga emas memerlukan dan miskin.

Dalam jangka pendek dan sederhana, Bank Dunia mencadangkan pencen sosial sederhana dengan tahap faedah yang sama dengan BOT (bantuan tunai RM350 sebulan), tetapi diperluaskan kepada golongan B40 berusia 65 tahun ke atas menggunakan sistem Bantuan Sara Hidup (BSH) sedia ada.

Memperkenalkan langkah ini hanya memerlukan 1.6 peratus daripada unjuran pendapatan fiskal bagi tahun 2020. Program ini dapat diperluas lagi pada masa depan.

Bagaimanapun, menurut Nurhisham, salah satu masalah dengan sistem perlindungan sosial saat ini adalah ia berdasarkan pekerjaan, yang bermaksud sebahagian besar penduduk ditinggalkan – seperti suri rumah, atau mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap misalnya.

‘Lahir dah dapat nombor KWSP’

Kerajaan telah membenarkan mereka yang bekerja dalam sektor ‘ekonomi gig’ untuk memberikan sumbangan sukarela, bahkan memperkenalkan geran RM50 juta yang sepadan untuk mendorong sumbangan.

Namun, penerimaan di kalangan pekerja ‘ekonomi gig’ bercampur-campur, dengan ada yang berkata mereka tidak mempunyai dana untuk membuat sumbangan sukarela.

Ketua pegawai eksekutif badan pemikir The Cenre Idlan Zakaria pula berkata sesetengah pekerja juga mungkin tidak terdorong untuk memberikan sumbangan secara sukarela.

Beliau mengusulkan supaya diadakan program rintis platform pendaftaran automatik caruman KWSP buat pekerja gig, dengan pilihan untuk tidak mengikuti program berkenaan.

Sementara itu, Nurhisham menjelaskan saranan ini merupakan sesuatu yang telah dicadangkan oleh KWSP sejak beberapa lama.

“Visi peribadi kami adalah anda boleh mendapatkan nombor KWSP semasa anda dilahirkan,” tambahnya, berkata ini juga perlu diperluas untuk memiliki nombor cukai dan nombor Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa lahir.

Ini katanya, akan memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan disediakan kepada semua warga negara tanpa mengira keadaan.

Bagaimanapun, penganalisis ekonomi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis), Calvin Cheng berkata, perlindungan sosial tidak dapat dilaksanakan dalam keadaan semasa di mana Malaysia mempunyai populasi pekerja yang semakin berkurang, dan jumlah pesara yang semakin meningkat.

Katanya, penyelesaian yang berpotensi, harus merangkumi beberapa aspek iaitu kadar caruman pencen yang lebih tinggi, pengambilan pekerja yang lebih besar terutama di kalangan wanita dan juga pilihan bekerja untuk warga emas, dan membiayai akaun pencen menggunakan pendapatan kerajaan.

Reaksi warganet :

BANK DUNIA | Cadang Had Umur Pengeluaran KWSP Kepada 65 Tahun

Langkah ini dilihat mampu memastikan simpanan boleh bertahan untuk jangka masa yang lebih lama.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Had Umur Pengeluaran KWSP Ditukar Kepada 65 Tahun? Ini penjelasannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*