Covld-19 : Kurang 24 Jam, Penyanyi Eka Sharif Kena Batalkan Majlis Nikah

PENYANYI Eka Sharif terpaksa membatalkan majlis perkahwinan yang sepatutnya diadakan pada Sabtu selepas ibu saudara disahkan positif Covi1d-19.

Eka atau nama sebenarnya Nur Atiqah Shariffudin, 31, berkata dia menerima berita sed1h itu ketika sedang menjalani raptai untuk majlis berkenaan.

“Sewaktu saya sedang menjalani raptai siang tadi, saya dapat panggilan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan makcik saya disahkan positif Cov1id-19 selepas membuat pemeriksaan di hospital.

“Dia tak mengalami apa-apa si1mptom. Dia buat ujian Cov1id-19 pun sebab dia perlu menjalani pembed4han fi1broid,” katanya kepada mStar pada Jumaat.

Eka terpaksa batalkan pernikahan selepas mendapat panggilan dari KKM berkenaan ibu saudaranya yang disahkan positif Cov1id-19.

Menurut Eka, kali terakhir dia berjumpa ibu saudaranya pada Selasa lalu di sebuah butik yang menata rias Eka untuk berbincang tentang majlis tersebut.

Eka dan bakal suaminya iaitu Nazrulnaim membuat keputusan untuk membatalkan majlis berkenaan selepas mendapat nasihat daripada KKM.

“Kali terakhir saya berjumpa dengan makcik saya adalah pada Selasa di sebuah butik untuk berbincang mengenai majlis saya.

“Sebaik sahaja saya dapat berita itu, kami pun buat keputusan untuk tangguhkan majlis kami,” ujarnya.

 

Ini kali kedua saya terpaksa tunda majlis perkahwinan saya.

EKA SHARIF

PENYANYI

Tambah Eka, dia yang sepatutnya melangsungkan pernikahan pada pukul 10 pagi Sabtu terpaksa menggunakan masa itu untuk ke klinik dan membuat pemeriksaan Cov1id-19. Majlis resepsi sepatutnya dijadualkan pada sebelah malam hari yang sama di Royale Place Skyview, Cyberjaya.

Kad jemputan untuk tetamu termasuk rakan media sudah dihantar.

Menurut Eka, sebelum ini majlis pernikahan tersebut turut ditunda berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sepatutnya, kami melangsungkan pernikahan pada pagi 10 pagi esok (Sabtu)… tapi selepas dapat berita dari makcik saya, pihak KKM arahkan saya serta semua kontak rapat makcik saya untuk membuat ujian Covi1d-19 pada waktu itu.

“Ini kali kedua saya terpaksa tunda majlis perkahwinan saya. Sebelum ini, kami terpaksa tundakan pernikahan pada 11 April kerana PKP, kali ini kami terpaksa tangguhkan lagi sebab makcik saya positif.

Eka Sharif bersama pasangannya, Nazrulnaim.

“Kami pun tak nak ambil risiko, jadi kami batalkan saja,” jelasnya.

Dalam pada itu, peserta Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) ini reda dengan apa yang berlaku demi keselamatan semua pihak.

Eka turut bersyukur kerana tiada kerugian kos yang dialaminya malah pihak butik serta lokasi majlis perkahwinan tersebut memahami situasi berkenaan.

“Untuk keselamatan semua orang, kami terpaksa reda saja. Nak buat macam mana lagi. Tapi tak apa, tak ada masalah.

“Alhamdulillah, kami tidak rugi apa-apa kos… pihak butik dan juga tempat majlis kami sepatutnya diadakan sangat memahami. Cuma kos katering sahaja, mungkin kami akan sedekahkan makanan yang sudah disediakan.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Covld-19 : Kurang 24 Jam, Penyanyi Eka Sharif Kena Batalkan Majlis Nikah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*