“Jangan Samakan Saya Dengan Ebit Lew Jika…”- PU Syed Ajak Safiey & Sajjat Bersemuka

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri menjemput dua jutawan kosmetik Safiey Illias dan Nur Sajat untuk bersemuka dengannya yang kini berada di Ipoh, Perak.

Menurut PU Syed, sepatutnya mereka berdua berjumpa dengannya tanpa diminta untuk membimbing mereka dalam Islam.

Malah PU Syed meminta supaya jangan disamakan dengan pendekatan Ebit Lew kepada Safiey sebelum ini kerana akui cara dakwah mereka berbeza.

“Sila hadir ke Ipoh ya Encik Safiey, ajak sekali Encik Sajat. Bila sak1t datanglah pada doktor bukan doktor datang kepada pes4kit.

“Jangan samakan saya dengan Ustaz Ebit, jika dia yang datang secara lemah lembut pun, kamu dan best friend kamu masih tak insaf-insaf, biarlah yang agak garang ni nasihatkan kamu pula.

“Zaman Nabi ada watak Saidina Abu Bakr dan ada watak Saidina Umar kedua-duanya mempunyai identiti diri dan kaedah dakwah masing-masing dan keduanya adalah sahabat paling rapat disisi Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam

“Manakala urusan taufiq dan hidayah adalah milik Allah, kalian kerap sangat mempermainkan agama, dengan menyedari bahawa itu adalah d0sa

“Sebut sahaja tarikhnya bila, waktunya bila, dan jemput hadir ke Matavbaidhi di Ipoh,” katanya.

PU Syed menjemput mereka menerusi akaun Instagram miliknya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata bersetuju dengan cara dakwahnya.

Sebelum ini, PU Syed menegur tindakan Safiey yang cuba menjadi wanita selepas kembali ke fitrah asal.

Sementara Sajjat juga mendapat perhatian PU Syed apabila cuba menegur pakaiannya yang berbikini baru-baru ini.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

sumber: Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Jangan Samakan Saya Dengan Ebit Lew Jika…”- PU Syed Ajak Safiey & Sajjat Bersemuka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*