Penumpang dih4lau keluar bas selepas b4tuk, lap ‘sesuatu’ pada tempat duduk

SEORANG pemandu bas dipuji kerana mengusir seorang penumpang yang dikesan b4tuk dengan mengelap sesuatu pada tempat duduk.

Penumpang itu didapati mengelap sesuatu yang berwarna coklat kemerahan.

Satu rakaman yang diambil oleh penumpang bas nombor 10A itu menunjukkan seorang lelaki b4tuk, sebelum pemandu mengarahkannya keluar dari pengangkutan awam itu.

Lelaki itu mempersoalkan tindakan pemandu tersebut dan jawapan yang diberikan ialah: “Sebab kamu tak pakai topeng muka, ia diletakkan di bawah dagu. Dan kamu batuk beberapa kali, saya tak boleh terima.”

Penumpang berkenaan kemudian mengesatkan tangannya ke poket seluar dan berjalan ke ruang pemandu.

“Bas tidak akan bergerak selagi kamu tidak turun,” kata pemandu itu.

Penumpang itu bagaimanapun enggan berbuat demikian.

Ia menyebabkan pemandu berkenaan berang dan menjerit mengarahkan penumpang tersebut keluar dari bas.

Penumpang-penumpang lain turut memintanya keluar sebelum lelaki itu turun dari bas sambil menunjukkan jari tengah kepada pemandu. – Daily Star

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Penumpang dih4lau keluar bas selepas b4tuk, lap ‘sesuatu’ pada tempat duduk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*