Aku anak lvar nikah, call tunang bgthu perkara sebenar. Satu hari bkl mertua dtg rumah, apalah nasibku

Gambar sekadar hiasan. Assalam. Aku Aminah. Berusia 30 lebih dan sudah berkahwin. Perkahwinan aku sudah hampir 10 tahun. Aku seorang yang bekerja di bidang professional dan menjawat jawatan yang baik dalam organisasi. Yaa, aku anak luar nikah. Bila aku tahu? Selepas aku bertunang. Aku dan suami tak melalui fasa bercinta. Kami memilih untuk bertunang dan menikah. Anggaplah sebagai suami kiriman Tuhan.

Selepas bertunang aku uruskan document pernikahan. Masa kecil dahulu, aku mempunyai curiosity yang tinggi dan aku tahu aku anak luar nikah. Tapi apalah sangat masa kecil.. Bukan faham sangat pun. Fyi ic aku ada binti. Jangan tanya apa beza sebab aku pun tak tau.

Masa nak buat documentation, aku hint parents aku. Kalau ada apa apa ceritalah. Aku tak nak penikahan aku dimulai dengan pemb0hongan dan nasab anak anak aku berm4salah.

Fast foward parents aku mengaku status aku. Menangis nangis, pluk c1um kaki aku. Aku? sed1h. M4rah? Tak. Tapi kosong. Aku tanya kenapa? SEBAB BUKAN MENANTU PILIHAN.

Yaa Allah ampunkan d0sa parents aku, ampunkan mereka yaa Allah. Terimalah taubat mereka. Kasihanilah mereka yang bersusah payah membesarkan aku.

Jadikanlah iktibar. Jangan memberatkan urusan pernikahan. Lepas dah naangis, aku jadi rasional. Aku tanya berapa lama aku menyusu. 3 bulan.

Alhamdulillah aku dan adik beradik lain consider anak susuan. Sebab syarat anak susuan 5x kenyang berdasarkan kaunseling aku pergi. Settle bab avrat. Aku cakap biar aku settle dengan tunang aku. Dan parents in law. Jangan campur tangan.

Kemudian aku call tunang. Dah la tak kenal, ada pulak m4salah. Tunang aku suruh istikharah banyak banyak. Aku tak kisah kalau pertunangan diputuskan. Yela. Sedar diri. Siapalah kita.

Fast foward parents in law aku call, tanya baik baik, rujuk ahli agama. Aku cakap tak perlu call parents aku sebab aku tak nak mereka m4lu dan t3rtekan. Lama guys. Berbulan bulan tunang aku dan parents in law perluukan masa untuk berfikir. Aku pulak? Hidup macam biasa.

Kemudian parents in law datang tetapkan tarikh. Aku malu. Aku balik kerja lambat. Aku saja melengah lengah. Bila sampai, aku senyum salam terus ke dapur. Tak tahu ape nasib pertunangan kami.

Alhamdulillah mertua aku baik. Tarikh ditetapkan. Mereka berlapang dada. Katanya aku tak bers4lah. Kenapa aku perlu dihvkum? Mereka pel0k c1um parents aku. Mereka sama sama galas aib ni.

So apa aku buat?

1. Aku pergi jabatan agama selepas parents aku confessed. Aku mintak kaunseling. Ustazah explain pasal nasab, pewarisan harta, wali hakim, adik beradik susuan dll.

2. Selepas tarikh ditetapkan aku submit dokumen. Kemudian aku ke mahkamah. Masa ni parents dan tunang aku perlu datang. Dalam mahkamah, hakim interview. Masa ni aku nangis. Teresak esak.

Hakim cakap pada aku. Aminah, awak sangat istimewa. Nama awak pun istimewa. Masa nikah nanti cari saksi yang beriman solat cukup waktu. Semoga perkahwinan awak diberkati Allah dan penuh rahmat. Terima kasih hakim. Terima kasih atas doanya.

3. Kemudian aku macam pasngan lain. Aku tempah bridal photographer dll. Aku menikm4ti proses ini dengan lapang dada. Sebab tunang aku juga berlapang dada. Alhamdulillah.

4. Hari pernikahan. Aku menikah di msjid yang jauh dari rumah. Sebab itulah pertama kali kami berjumpa. Itulah alasan kami.

No mic during akad nikah. Wali hakim pesan hanya pengantin dan saksi serta fil and bapak aku sahaja di depan dia. Alasannya, wali hakim tak sihat. Dia tak nak ramai kerumun.

Ahli keluarga lelaki yang lain membuat bulatan di belakang pengantin. Kerana bila nikah. Nama aku berbinti abdullah. Aminah binti abdullah. Alhamdulillah, kami meneruskan majlis macam pasngan lain. Ada majlis dua dua pihak. Diraikan selayaknya.

Hantaran? Hampir 10 tahun dulu, suami aku berikan hantaran 11k. Bila ditanya kenapa? Hadiah. Ikhlas. Terima kasih abang terima saya seadanya. Malah menilai saya yang hina di mata manusia ini dengan meninggikan martabat saya. Terima kasih.

Semasa kaunseling dengan ustazah. Aku bertanya sekiranya aku m4ti. Talkin dibacakan. Pada siapa aku dibintikan? sed1h. Tengah type pun aku nangis.

Ustazah kata, dibintikan dengan emak. Di akhirat nanti nasab awak pada mak. Berkumpul dengan mak di syurga nanti. Ampunkan makbapak aku yaa Allah.

Harta. Untuk mengelakkan adik beradik aku tahu rahsia ni. Aku memilih untuk bersuara tidak mengambil apa apa semasa perjumpaan family. Konon konon aku berbesar hati nak memberi.

Dan aku pesan supaya parents aku buat wasiat mulut atau bertulis awal awal. Padahal aku tak layak. Di dunia ini aku tidak layak mewarisi harta. Dinafikan hak berbinti, hak pewarisan, hak memandikan jnazah bapa aku nanti. Allah..

Untuk mertua, terima kasih menerima Aminah. Memudahkan urusan Aminah. Memberi Aminah keluarga baru dan tidak pernah membezakan Aminah. Terima kasih mama baba. Terima kasih menutup aib Aminah.

Untuk suamiku. Sesungguhnya abang suami kiriman Tuhan tepat pada masa. Abang menerima saya dengan lapang dada. Tidak pernah abang atau keluarga mengungkit asal usul saya. Malah saya bersyukur menjadi isteri abang.

Abang dan anak anak adalah nasab saya di akhirat nanti. Izinkan saya menjadi penghulu bidadari abang di dunia dan syurga. Terima kasih suamiku.

Untuk anak anak. Ibu melahirkan kamu dengan penuh rasa cinta. Ketika mempunyai anak lelaki. Ibu seperti tak percaya.

Menyentuh kamu dengan wudhu tanpa membatalkannya membuatkan ibu rasa seb4k. Sesungguhnya kamu drah daging ibu.

Membesarlah seperti pahlawan perang Allah, gagah perkasa, bijaksana berilmu dunia akhirat dan melindungi insan lemah. Jadilah sebaik baik manusia di atas muka bumi ini. Jadilah insan yang soleh.

Buat kamu yang senasib. Anak luar nikah bukan sumpahan. Ianya titik tolak kehidupan kita supaya menjadi lebih baik. Aku doakan semuanya dipermudahkan.

Doakan aku dan juga suamiku mempunyai rumah tangga yang bahagia, anak anak soleh dan dirahm4ti Allah. Dijauhkan hutang dan diberkati rezekinya. Doakan juga parents aku. Sesungguhnya aku istimewa

Warganet turut terkesan dgn kisah ini. Mereka memberi pandangan dan nasihat untuk menghadapi masalah ini. Antara komen mereka.

Lyly Qaleda, sed1h campur terharu baca. Nasib ini bukan dipinta. Tapi saya pasti taubat dan keikhlasan kedua ibu bapa Aminah serta mertua telah memudahkan segalanya. Dengan keyakinan kepada Allah yang memudahkan segalanya. Terima kasih atas perkongsian. Sesungguhnya anda memberi harapan kepada yang telah membuat kesilapan dalam hidup.

Ellyyuna Rose, Sy percaya saudari adalah org2 yg baik…asbab itu, saudari dihadirkan org2 yg baik dan memahami serta menghargai diri saudari… Dosa lampau parent in sha Allah semoga diampunkan Allah..sy doakan saudari bahagia dunia akhirat bersama keluarga.. sudari bertuah kerana keluarga sayang saudari tanpa menyisihkan dan penerimaan keluarga mertua dan suami yg berlapang dada tanpa diskr1minasi.

Umi Hasmiera, Berlapang dada maka akan bahagia. Tahniah puan. Semoga terus diberi kebahagiaan dunia akhirat. Semoga Allah ampunkan dosa ibu bapa puan & kita semua. Mereka ibu bapa yg baik, menginsafi dosa mereka, membesarkan puan dengan penuh kasih. Alhamdulillah.

Zusilawati, Alhamdulillah..membaca coretan ini benar2 buat hati lega..lapang..dan muhasabah dirix semua yg kita mahu Allah bg..tp apa yg kita perlu..pilihan hidup masa lalu bkn pilihan kita..tp hidup masa kini adalah pilihan kita..terpulang kpd kita bagaimana cara kita menerima qada dan qadar hidup kita..

sesungguhnya manusia pd Allah sama membezakan iman dan taqwa..tahniah puan..semoga rumahtangga puan diberkati dan menjadi keluarga sakinah dan mawardah..aamiin…

Dayang Ruzainah, Tahniah confessor krn memilih menjadi rasional walau hati remuk redam. Menguatkan diri menyelesaikan urusan perkahwinan dgn redho dan takwa. Awak menutup segala cela, awak membuka semua kebaikkan. Awak insan terpilih dan istimewa.

Mudahan Allah limpahi rahmat dan keberkatan buat awak. Anugerahi kebahagiaan dunia dan akhirat buat awak sekeluarga…

Cahaya Bulan, “Di dunia ini aku tidak layak mewarisi harta. Dinafikan hak berbinti, hak pewarisan, hak memandikan jen4zah.” Heartbreaking sebenarnya ayat ni. Dari ayat ini kita boleh melihat tingginya nilai sebuah keredhaan jika kita ikhlas akan takdir yg Allah susunkan kepada kita. Lahir dan menikah tidak berbinti kan org yg sama.

Pasti bukan perkara mudah sebenarnya. Insyaallah kita permudahkan urusan ibu bapa Kita, Allah akan permudahkan urusan kita. Moga confess ini menyedarkan kita bahawa kita bukan sesiapa untuk menilai sesiapa. Tahniah confessor.

Nadzirah Yahya, Menitis air mata.

MashaAllah. Moga dimudahkan urusan di duniya wal akhirah kelak. Ibu bapa mudahkan urusan anak anak.. InshaAllah dimudahkan segalanya. Siapalah kita nak tentukan hala tuju sedangkan Allah dah letak hala tuju plan kita sejak azali lagi.

Alhamdulillah. Anak tidak saf taraf layak dilayani dikasih seperti anak anak normal. Tiada bias. Bahkan.. Mereka yg special ni lebih mengamti hidup. Alhamdulillah confessor. Im proud of u.

Riko Ry, 1. Status mak dgn sis bukan ibu susuan. Tak kira cukup 5x kenyang atau tak cukup 5x kenyang, keluar dari rahim mak = anak kandung mak. Nama pun kandung, sbb mak kandungkan sis. Tak wujud istilah susuan

2. Nasab anak luar nikah masa hidup ialah sebelah mak, nasab masa m4ti pun sebelah mak. Nasab anak sah masa hidup ialah sebelah bapak, masa m4ti sebelah mak. Yg ni m4ti nanti semua berbin/bintikan nama mak, takde letak nama bapak tak kira sah taraf ke tak sah taraf

3. Anak tak sah taraf bernasabkan mak, boleh warisi pusaka belah mak.

Fazira Pajis, Kau dengan adik beradik kau satu mak kan? so amenda yang penting sangat susu nih, kalau anak angkat ye la. Kau consider adik beradik seibu dah la, aurat macam adik beradik tiri, sama dengan suami mak kau, consider as bapak tiri je la. Memang tak leh warisi harta belah bapak, tapi belah mak kau sama je kot taraf kau tetap anak kandung mak kau.

Nailofar Ekin,Tak susu kan pun tetap adik beradik seibu. Takde kaitan dengan aurat semua. Anak luar nikah ni salah mak ayah. Jangan salahkan si anak. Si anak tak salah. Mak ayah dah besarkan dia pun dah cukup bagus. Takde nak buang di tong sampah.

Suziana, Bila baca confession mmg sgt sejuk hati. Tapi bila membaca part kekeliruan dalam hukum baik dlm confession mahu pun dalam komen. Berhati2 Memberi komen bila kita tidak arif dan tidak faham. Jgn bagi alasan berkongsi ilmu dgn mencampakan link2 ceramah ustaz sdgkan anda sendiri tidak faham ttg hukum yg dibincangkan.

Pendek cerita.. Belajar la dgn guru. Boleh dgr ceramah kat socmed tp ada sesetengah org ni penyerapan ilmu dia tak sampai malah ada yg tersasar. Cari guru yg sebenar dan bertanya.

Farah Rifhan, Saya rasa awak ada kekeliruan tentang nasab, harta semua ni. Setahu saya, awak tak boleh dinasabkan kepada ayah awak sahaja. Means, awak x boleh mewarisi harta ayah awak. Tapi, bukan dengan ibu.

Jadinya, menyusu atau tidak, adik beradik awak yg lain tetap adik beradik, takde isu aurat. Dan, sama juga dengan bapa awak sbb dia dah kahwin dengan mak awak. Dia seumpama ayah tiri dengan awak. Cuma awak x boleh berbintikan ayah awak, berwalikan dia dan mewarisi harta ayah awak secara faraid.

Harta mak awak pula awak boleh warisi secara faraid. Tapi, kalo ayah awak nak hibahkan harta dia kepada awak semasa hidup, tak ada masalah pun. Lagi satu, since ayah awak dah jadi ayah tiri, takde masalah nak pegang ke salam ke mandikan jen4zah ke. Itu yg saya faham la.

Melainkan, ayah awak memang tak pernah kahwin dengan mak awak. Barulah awak memang tak boleh sentuh dan dia bukan mahram awak. Itu yg saya faham la. Betulkan saya kalau saya salah.Apa2 pun, alhamdulillah awak menemui keluarga mentua yg sangat baik.

Sumber : Aminah (Bukan nama sebenar) via IIUM

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Kredit : Mediabawang

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Aku anak lvar nikah, call tunang bgthu perkara sebenar. Satu hari bkl mertua dtg rumah, apalah nasibku"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*