Pakar Buah Pinggang Risau Tengok Gadis Telan Jamu Dengan Air Gas!

Pakar buah pinggang, Dr. Rafidah Abdullah menerusi laman sosial Twitter mengulang ciap sebuah video memaparkan seorang gadis viral yang menelan 10 biji jamu bersama air berkarb0nat.

Video tersebut yang dikongsi seorang pengguna Twitter lain pada mulanya mendapat perhatian pakar buah pinggang tersebut.

Mungkin terkejut dengan tindakan gadis itu, Dr Rafidah mendoakan kesihatannya.

“Sebagai seorang Doktor, saya hanya mampu mendoakan agar organ-organ dalaman beliau tidak mengalami kesan sampingan,” ciapnya.

Ciapan tersebut kemudiannya mendapat lebih 21,000 retweet, 25,000 tanda suka dengan ratusan komen dari warga Twitter.

Rata-ratanya bersetuju dengan Dr Rafidah tentang bahayanya produk kesihatan seumpama itu kepada kesihatan, terutama buah pinggang.

Ada juga yang berkongsi mengenai bahayanya produk kesihatan dan kecantikan sehingga boleh menyebabkan kem4tian.

“Saya ada seorang sepupu perempuan yang baru meningg4l setelah tiga tahun mengamalkan pemakanan diet, p1l dan barangan kecantikan seperti ini.

“Memang arw4h jadi cantik tapi selepas tiga tahun organ dalam semua rosak. Arw4h meninggal seorang diri di hospital,” tulis seorang warga Twitter berkongsi pengalaman.

“Kalau betul nak kulit cerah, kulit sihat.. minum air banyak at least dua hingga tiga liter sehari. Amalkan seminggu ke sebulan dah nampak kesan kat kulit.

“Kulit lembap sihat nampak cerah glowing. Sebab t0ksin pun kurang. Elak makan manis, ais. Dar4h pun ok. Punca kulit gelap sbb kulit kering,” nasihat warga Twitter lain.

Dalam pada itu Dr. Rafidah menerusi sebuah entri lain turut meluahkan rasa sed1h kerana ramai yang mengec4m gadis yang juga merupakan pengusaha produk terbabit.

Beliau berharap agar orang ramai terus mendoakan yang terbaik buat gadis itu.

“sed1h juga ramai yang mengec4m individu didalam video ini. Kita tidak mengenali beliau. Kita tidak tahu apa sebab beliau buat begitu. Mungkin beliau perlu semangat dan pertolongan kita.

“Kesusahan & kepayahan orang lain, kita tidak akan tahu. Kita doakan yang baik2 sahaja ya,” ciap Dr Rafidah.

Sebelum itu, gadis terbabit tular di media sosial kerana aksi pergadvhannya bersama penjaga keselamatan di sebuah gedung perabot.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber: gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Pakar Buah Pinggang Risau Tengok Gadis Telan Jamu Dengan Air Gas!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*