“ASB Semua Kering Kau!,” – Achey jual Aset peribadi seperti moto dan kereta kerana ni…

Hasrat pelawak Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah untuk memiliki sebuah kediaman sempurna untuk dirinya sekeluarga akhirnya berjaya direalisasikan.

Bintang itu kini menanti untuk mendiami sebuah rumah teres tiga tingkat di Sungai Buloh, Selangor yang kini sedang melalui beberapa proses penambahbaikan di peringat akhir.

Jelasnya, dia dan isteri menggunakan wang simpanan demi membeli kediaman berkenaan. Mereka dijangka berpindah selepas seminggu Hari Raya Aidiladha ini.

“ASB (Amanah Saham) semua ‘kering’ kau. Alhamdulillah… 10 tahun impian saya nak memiliki rumah akhirnya menjadi kenyataan. Sekarang sedang proses ubahsuai.

“Rumah itu dibeli hasil wang simpanan saya dan orang rumah, termasuk empat buah motosikal saya dijual. Saya bukanlah beli ia secara tunai, masih berhutang dengan bank juga.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Allah yang susun..Bukan perkara yang perlu saya bangga2 kan… sbb semua MILIKNYA..hakikatnya masih hutang … tapi benar kata ibu bapa,guru2 sekolah dan nasihat2 orang lama … MENYIMPAN untuk masa depan.. setiap perkara kita buat mesti ada target… walaupun 10 tahun… asb, motosikal dan beberapa kehendak yang kami ada kami cairkan untuk renovasi.. tinggalkan keperluan dalam hidup dan untuk pekerjaan.. .. In shaa Allah mana yang nak tau esok kita up gambar depan umah… .. Rumah tak mahal mana renovasi pun tak semahal mana .. tapi kalau ada orang yang pakar boleh dapat revovasi rumah CANTIK pada kos yang rendah.. .. Mesti ada yang nak tau jugak syarikat mana yang buat renovasi rumah kan?? .. Esok k … esok

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

“InsyaAllah akan buat kenduri kecil-kecilan bila kami sekeluarga pindah nanti,” katanya kepada MH.

Achey sebelum ini ada berkongsi beberapa keping foto hiasan dalaman rumah barunya di Instagram.

Terdahulu, Achey ditemui pada majlis pelancaran produk wangian Sugar Bomb x Nabil Ahmad x Achey diadakan di Shah Alam, pada Rabu.

Jika Nabil memperkenalkan produk SugarBomb X LuPK yang juga produk pewangi kereta dan minyak wangi, Achey pula mempertaruhkan lima jenis bauan menerusi produk pewangi kereta iaitu SugarBomb X Achey Edition.

Pengurus Pemasaran SugarBomb, Mohammad Syafiq Yon Afrizal memberitahu, dua bintang berkenaan dipilih atas dasar komitmen serta kerjasama yang baik daripada mereka yang berusaha membantu menaikkan jenama terbabit.

“Saya percaya pemilihan Nabil dan Achey bertepatan dengan misi SugarBomb untuk membantu mereka yang terjejas sumber pendapatan ketika berdepan dengan penularan COV1D-19 dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Seperti yang diketahui, ramai kehilangan kerja dalam tempoh ini, jadi kami ingin membantu mereka. Kami mencari ejen jualan untuk produk SugarBomb ini,” katanya.

SugarBomb Worldwide Sdn Bhd beroperasi sebagai syarikat yang menghasilkan pelbagai produk minyak wangi dan pewangi kereta.

Sejak mula beroperasi sejak 2017, SugarBomb setakat ini mengeluarkan 40 jenis produk minyak wangi dan 25 jenis bauan pewangi kereta.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah… dapatkan @sugarbombhq

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : MH

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“ASB Semua Kering Kau!,” – Achey jual Aset peribadi seperti moto dan kereta kerana ni…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*