Kakak Vivy Yusof Did4kwa P3cah Amanah. Jumlah wang yg hilang sangat m3ngejutkan

Kakak kepada usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebentar tadi atas pertvduhan p3cah amanah wang RM200,000 milik sebuah syarikat.

Memetik laporan Kosmo Online, tertuduh Intan Safina Yusof ,40, bagaimanapun mengaku tidak b3rsalah selepas pertvduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.

Mengikut pertuduhan Intan Safina sebagai salah seorang pengarah di Syarikat Arena Abadi Sdn. Bhd. yang diamanahkan dengan wang RM200,000 telah memindahkan wang itu dalam ke akaun Public Bank miliknya dari akaun syarikat berkenaan.

Tertuduh menggunakan wang tersebut bagi kegunaan diri sendiri dan melanggar arahan undang-undang yang menetapkan cara bagaimana amanah itu disempurnakan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Tun Sambathan 3, Brickfields di sini 25 Januari hingga 28 Februari 2019 yang didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan p3njara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun dan sebat dan juga boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Noorhani Muhmmed Ayub menawarkan jumlah jaminan RM50,000 terhadap t3rtuduh.

Bagaimanapun peguam Diar Isda Yazmin Ismail yang mewakili tetuduh memohon jumlah ikat jamin yang rendah dengan alasan tertvduh tidak bekerja.

Hilang Pekerjaan

“Anak guam saya merupakan ibu empat orang anak berusia tiga hingga 14 tahun dan selepas kejadian tertuduh sudah tidak bekerja. Suaminya pula bekerja dalam sektor pelancongan yang mana pada waktu sekarang sektor ini mengalami keslitan ekoran p4ndemik,” katanya.

Tambah Diar Isda dalam k3s ini, penjamin yang akan menjamin tertduh adalah bapa mertuanya.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Sabariah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin selain pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah kemudian menetapkan 24 Ogos depan ditetapkan untuk sebutan semula kes.

Vivy Yusof Ikon Bisnes Fesyen

Bermula dengan blog proudduck.com, Vivy mencipta pengikutnya yang bertambah dari sehari ke sehari. Melalui blognya juga Vivy banyak berkongsi tentang kisah dan prinsip hidup bersama pembaca.

Bukan itu sahaja, sisi peribadi yang ada pada diri Vivy menjadi satu kelebihan selain melontarkan aura positif. Ledakan media sosial yang menjadi medium utama masyarakat moden hari ini digunakan sepenuhnya untuk mencari peluang pemasaran yang lebih kukuh. Buktinya, pengikut di Instagram Vivy kini sudah mencecah angka lebih 1.6 juta pengikut.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber: Kosmo

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Kakak Vivy Yusof Did4kwa P3cah Amanah. Jumlah wang yg hilang sangat m3ngejutkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*