Pendapatan tertinggi hampir RM94k , Aset melebihi RM10 juta, Berikut 4 ahli kabinet berpendapatan tertinggi..

MALAYSIA: Semenjak pengambil alihan tampuk kepimpinan oleh Pakatan Harapan, mereka melaksanakan satu manefiesto mereka iaitu isytihar harta bagi setiap ahli kabinet. Perkara ini diteruskan oleh Perdana Menteri ke-8 Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kabinetnya.

Mengikut sumber Berita Harian mengatakan bahawa sehingga semalam, seramai 57 daripada 70 anggota pentadbiran kerajaan sudahpun isytiharkan harta mereka di Portal MyDeclaration.

Mereka terdiri daripada Perdana Menteri, Menteri-menteri kanan, Menteri dan Timbalan Menteri. Oleh itu, orang ramai boleh mengakses maklumat tersebut melalui portal https://mydeclaration.sprm.gov.my/

Dalam portal tersebut dalam kita lihat bahawa pendapatan bulanan tertinggi dalam kalangan anggota pentadbiran kerajaan adalah Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mengikut kepada maklumat di portal MyDeclaration yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menerima pendapatan bulanan sebanyak RM93,841.65.

Manakala aset keseluruhannya sehingga kini melebihi RM 10 juta. Seterusnya ditempat kedua, pendapatan tertinggi ialah Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dengan pendapatan bulanan sebanyak RM87,877.20 sebulan.

Ketiga pula adalah Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Dr Jeffrey G Kitingan dengan pendapatan bulanan sebanyak RM85,450 sebulan. Diikuti ditangga keempat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan pendapatan bulanan sebanyak RM69,427.20.

Pengisytiharan harta ini adalah bagi rujukan orang awam melihat kekayaan menteri-menteri yang ada sebelum semasa dan selepas menjadi orang penting di Malaysia. Semoga mereka ini menjalankan tanggungjawab dan amanah rakyat dengan penuh kejujuran dan amanah.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : https://kini.mysumber.net/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Pendapatan tertinggi hampir RM94k , Aset melebihi RM10 juta, Berikut 4 ahli kabinet berpendapatan tertinggi.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*