PKPD akan dilaksanakan semula di Negeri ini sekiranya k3s terus meningkat – Dr Noor Hisham

MALAYSIA: Umum mengetahui bahawa beberapa hari ini jumlah penularan kes cov-19 dalam kalangan rakyat Malaysia terus meningkat naik. Ini merupakan suatu perkara yang dibimbangkan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Menerusi ucapan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bakal dikuatkuasakan di Sarawak jika jumlah kes positif cov-19 menunjukkan graf peningkatan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan tersebut, daripada 19 kluster yang masih lagi aktif, 8 daripadanya terdapat di Sarawak, namun buat masa ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih lagi mampu untuk mengawal penularannya.

Menurut Dr Noor Hisham KKM telah menghantar pasukannya ke Sarawak bagi membuat kawalan.

“Pihak kita telah menghantar pasukan KKM di lapangan dan akan memantapkan dan meningkatkan “contact tracing” atau pengesanan kontak bagi mengesan kes yang positif.”

“Sehingga kini, pihak Kementerian Kesihatan masih lagi dapat mengawal dengan baik keadaan disana, tetapi jika perlu kita akan menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di kawasan berkenaan, iaitu di lokaliti atau kumpulan sasar yang dikenal pasti” – Dr Noor Hisham

Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan perkara ini di dalam sidang media perkembangan cov-19 di Putrajaya. Beliau mengatakan bahawa KKM akan terus menerus menjalankan pengesanan kontak terhadap individu yang terded4h kepada kes positif.

SElain itu KKM turut akan menjalankan ujian swab dan jika didapati positif akan dimasukkan ke dalam hospital, manakala jika negatif akan dikuarantin.

SEhingga kini di Sarawak mempunyai 8 kluster yang masih lagi aktif iaitu di Sentosa, Stutong, Kejuruteraan Kuching, Jupiter, Pusat Perubatan Kuching, Jeti Kuching PUI Melbourne dan Mambong.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber: MalaysiaTerkini

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "PKPD akan dilaksanakan semula di Negeri ini sekiranya k3s terus meningkat – Dr Noor Hisham"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*