Neeta beng4ng dibandingkan dengan Pavithra – “Saya jadi bitter, sudah tentu semua orang perlu fasih bahasa Melayu!”

PENYANYI Neeta Manisha meluahkan rasa kes4l selepas tahap keupayaannya berbahasa Melayu dibandingkan dengan YouTuber masakan popular iaitu S Pavithra.

Tegas Neeta atau nama sebenar Neeta Manishaa Manogaran, 26, perbuatan membandingkan dia dan Pavithra adalah melampau kerana mereka mempunyai latar belakang yang berbeza.

“Saya cakap bahasa Inggeris ketika hadir dalam satu rancangan televisyen. Ada orang komen dan suruh saya cakap bahasa Melayu sebab saya duduk dekat Malaysia.

Neeta berang dikec4m netizen kerana berbahasa Inggeris dalam sebuah program hiburan di TV.

“Saya beng4ng apabila ada orang bandingkan saya dengan Pavithra, saya rasa itu melampau.

“Bagi saya, anda tak boleh bandingkan dua orang yang berbeza. Memang Pavithra lebih fasih daripada saya,” katanya kepada mStar.

Selain itu katanya, kec4man yang diterima tidak masuk akal kerana dia sering menyanyikan lagu-lagu bahasa Melayu sepanjang kariernya sebagai seorang penyanyi.

Namun, vokalis kumpulan IamNEETA ini berkata dia tidak menyalahkan Pavithra dalam soal ini malah mendoakan yang terbaik untuk dia dan suaminya M Sugu yang terlibat dalam d4kwaan k3spvkul baru-baru ini.

Neeta berkongsi kekesalannya menerusi laman Twitter.

“Saya pun nak juga fasih bercakap bahasa Melayu macam dia, tapi dah tak syok la apabila orang bandingkan kami padahal selama ni saya dah menyanyi sepuluh lagu dalam bahasa Melayu.

“Saya seronok masa jalani penggambaran rakaman program itu, tapi apabila orang fokus pada bahasa yang saya gunakan berbanding perisian program… saya jadi bitter.

“Tapi saya pun tak salahkan Pavithra sebab saya minat sangat dengan dia. Saya doakan yang terbaik saja untuk dia,” ujarnya.

Naib juara program Big Stage ini bagaimanapun mengakui rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa perlu pandai berbahasa Melayu.

Pasangan S Pavithra dan M Sugu berdepan kontr0versi akib4t salah faham.

“Sudah tentu semua orang perlu tahu berbahasa Melayu, 1sunya ialah sama ada fasih atau tidak saja.

“Untuk saya, bahasa Inggeris adalah bahasa pertama dan bahasa Melayu adalah bahasa kedua saya sebab tu kadang-kadang ada pelat.

“Netizen juga perlu jadi lebih peka dengan apa yang mereka tulis di media sosial. Nampak macam tak serius tapi sebenarnya apa yang mereka tulis tu beri impak yang agak besar kepada orang yang dikecam.

“Selalunya orang yang cakap macam ni tak faham bagaimana media sosial ni berfungsi… merekafingat boleh cakap apa-apa saja yang mereka nak,” jelasnya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Mstar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Neeta beng4ng dibandingkan dengan Pavithra – “Saya jadi bitter, sudah tentu semua orang perlu fasih bahasa Melayu!”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*