Bila ditanya soal Cahaya Mata, Ini Respon Nelydia Senrose

Pelakon, Nelydia Senrose mengakui dia dan suami tidak tert3kan meski belum dikurniakan cahaya mata walau sudah lebih setahun mendirikan rumah tangga.

Menurut Nelydia, dia akur dengan segala perancangan Yang Maha Esa dan menganggap sekarang mungkin bukan waktu yang terbaik buat mereka untuk memiliki ahli keluarga baru.

“Sekarang ini saya sibuk dengan shooting, tapi kalau boleh ada rezeki tu saya nak sangat ada cahaya mata.

“Mungkin sekarang Allah kata belum masa yang sesuai untuk saya dikurniakan cahaya mata.

“Saya akur dan reda cuma saya minta kalian doakanlah yang baik-baik.

“Rezeki, ajal dan m4ut semua Dia yang tentukan tapi saya tidaklah terlalu tertekan. Kami baik-baik sahaja memandangkan baru berkahwin tahun lalu, Insya-Allah soon,” doa Nelydia.

Dalam pada itu, adik kepada pelakon Uqasha ini juga turut akui dia tidak melihat perkara tersebut dari sudut negatif.

Sebaliknya, dia amat berterima kasih kepada semua pihak yang perihatin mengenai sisi kehidupannya di samping suami tercinta.

“Saya tidaklah pressure sebab saya rasa orang semua faham dan saya sendiri okay sahaja bila ada yang bertanya.

“Itu perkara biasa dan saya tak anggap pun ia satu benda yang negatif. Orang tanya sebab orang nak tahu, terima kasih,” jelasnya lagi kepada MH.

Nelydia berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran flagship store jenama flip flop terkemuka Brazil, Havaianas di Pavillion,Kuala Lumpur pada Selasa.

Bintang drama Lelakimu Yang Dulu itu merupakan duta rasmi bagi jenama selipar berkenaan bersama Fatin Afeefa.

Dalam pada itu, Nely menambah, dia tidak akan terburu-buru untuk membuat mengumuman seandainya disahkan hamil satu hari nanti.

“Kalau kata saya mengandung, kalau boleh tidak mahulah umumkan terlalu awal. Mungkin tunggu sehingga kandungan itu kuat, barulah berita gembira tersebut akan dikongsikan.

“Sebab bagi saya, kesihatan dan keselamatan bayi yang dikandung itu penting,” katanya.

Terdahulu, Nelydia mendirikan rumah tangga pada tanggal 6 April 2019 bersama ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.

Sementara itu, Havaianas Flagship Store kini sudah mula dibuka di aras 5, Pavillion Mall, Kuala Lumpur.

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : MH

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Bila ditanya soal Cahaya Mata, Ini Respon Nelydia Senrose"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*