Filem terakhir Sushant Singh Rajput peroleh 95 juta penonton dalam tempoh 24 jam ditayang

SEBUAH syarikat penjejakan menunjukkan bahawa filem Dil Bechara lakonan Sushant Singh Rajput merekodkan 95 juta penonton dalam masa 24 jam pertama tayangan.

Menerusi laporan Mid-Day, wakil syarikat Ormax Media berkata rekod tersebut setanding dengan angka penonton dari siri HBO Game of Thrones yang sangat popular.

“Perbandingan antara jumlah penonton untuk Dil Bechara dan Game of Thrones boleh dibuat walaupun drama bersiri itu sudah mempunyai peminat yang ramai sebelum ia disiarkan.

“Tetapi, Dil Bechara sudah dipromosikan sejak awal dari segi pengumuman tarikh tayangan dan gimik pemasarannya.

Dil Bechara mula ditayangkan pada 24 Jun lalu di pawagam seluruh India.

Filem yang diadaptasi dari novel berjudul The Fault In Our Stars karya John Green mengisahkan tentang sepasang kekasih yang juga pes4kit k4nser merupakan filem terakhir lakonan aktor itu.

Pelakon itu ditemui m4ti akibat bunuh diri di kediamannya di Carter Road, Mumbai, pada 14 Jun lalu

kredit: Hindustantimes

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Filem terakhir Sushant Singh Rajput peroleh 95 juta penonton dalam tempoh 24 jam ditayang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*