[VIDEO] Pakcik tertinggal bini tepi jalan, bikin orang ramai berdekah!

Setiap orang perlu memberi fokus yang secukupnya ketika memandu. Tidak kiralah sama ada yang menaiki kenderaan kereta, lori mahupun motorsikal, k3semuanya perlu diberikan perhatian ketika menggunakan jalan raya.

Hal ini kerana, malang tidak berbau sekiranya anda leka ketika berada di atas jalan raya. Sedangkan yang berjalan kaki pun boleh ditimpa kem4lang4n jika tidak berhati-hati, apatah lagi yang menggunakan kenderaan.

Namun begitu, terdapat juga k3s-k3s yang melucukan sekiranya anda hilang fokus ketika pemanduan dan ini adalah salah satunya!

Pada beberapa hari yang lalu, terdapat sebuah video rakaman cctv yang telah menjadi viral menerusi laman Twitter milik @IsskndarAriffin.

Dalam rakaman itu didapati terdapat sepasang suami isteri yang telah bersiap-siap untuk memulakan perjalanan mereka dengan menaiki motorsikal berwarna putih. Pada mulanya, si isteri telah pun menaiki kenderaan terbabit namun atas faktor-faktor tertentu dia turun semula daripada motorsikal itu.

Tanpa disangka-sangka, suaminya telah bergerak tanpa menyedari bahawa dirinya tiada di bahagian pembonceng. Melihat keadaan itu, dia dan tukang bersih yang turut terkejut dengan situasi tersebut segera memanggil suaminya dengan nada yang kuat.

Dalam beberapa saat kemudian, suaminya berpatah balik ke kawasan kejadian dan sebaik sahaja tiba, wanita berkenaan memukul manja suaminya itu kerana tertinggal akan dirinya.

Ternyata posting berkenaan telah mendapat perhatian warga netizen yang rata-ratanya terhibur dengan kejadian berikut.

Mesti dia ingat bini dia jatuh…”

 

“Abah pernah tertinggal mama kat JPJ…”

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber: HCL

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Pakcik tertinggal bini tepi jalan, bikin orang ramai berdekah!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*