Lagi untuk rakyat! mulai es0k E-Dompet bernilai RM50 boleh dit3bus, ini cara mendapatkannya

Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan pelancaran program RM750 juta kredit ePENJANA, iaitu salah satu inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA). Ia bertujuan untuk membantu merancakkan perbelanjaan pengguna di Malaysia.

Menerusi program ini, setiap pemohon yang layak akan menerima kredit RM50 ePENJANA mulai 31 Julai 2020.

Dalam program ini juga, terdapat tiga penyedia perkhidmatan e-Dompet yang terpilih untuk melaksanakan inisiatif ini. Antaranya adalah Touch ‘n Go eWallet, Boost, dan GrabPay. Ia turut dilaksanakan dengan kerjasama aplikasi pengesanan kontak Covid-19 MySejahtera.

Bagi rakyat Malaysia yang ingin memohon kredit tersebut, pemohon perlu memuat turun salah satu dari tiga e-Dompet itu, serta memuat turun dan menggunakan aplikasi MySejahtera.

Inisiatif ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas serta berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun. Pemohon layak menebus RM50 kredit ePENJANA daripada salah satu penyedia perkhidmatan e-Dompet terpilih.

Selain itu, ia turut dipadankan dengan insentif tambahan bernilai RM50 dalam bentuk rebat tunai (cash back), baucar dan/atau mata ganjaran sepanjang tempoh kempen ini berlangsung iaitu dari 31 Julai hingga 24 September 2020. Sementara tarikh akhir penggunaan ePENJANA adalah pada 30 September 2020.

Peringatan SOP Hari Raya

Orang ramai boleh pulang ke kampung masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidiladha susulan tiada sekatan perjalanan termasuk rentas negeri, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau, bagaimanapun mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengawal penularan Covid-19.

“Patuhi SOP walaupun kerajaan benar balik kampung, kita kena jaga kita.

“Kita kena pastikan diri kita terjaga dengan mematuhi setiap SOP dikeluarkan,” katanya pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di bangunan parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

Tak Boleh lebih 20 orang

SAMBUTAN perayaan Aidiladha di rumah dihadkan tidak melebihi 20 orang pada satu-satu masa.

Keputusan prosedur operasi standard (SOP) Aidiladha dan Ibadah k0rb4n itu diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, selain itu kerajaan memutuskan mengehadkan tidak lebih 10 ekor haiwan k0rban bagi masjid dan surau, termasuk lokasi k0rban yang dibenarkan oleh Pejabat Agama Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan.

“Had ini tertakluk kepada keluasan lokasi k0rb4n dan kerajaan menggalakkan supaya ibadah K0rban dilakukan di 28 rumah penyembelihan di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan 31 rumah penyembel1ihan Ruminan Swasta yang dilesenkan,” katanya.

Ismail Sabri berkata, jumlah kehadiran orang ramai ketika ibadah k0rban mengikut 20 orang untuk setiap ekor haiwan.

“Nisbah 20 orang untuk seekor haiwan, kalau ada lima ekor haiwan (untuk disembelih) bermakna 100 orang termasuk tukang sembel1ih dan melapah.

“Jamuan makan dan kenduri di tapak k0rban adalah tidak dibenarkan kecuali makanan dibungkus,” katanya.

Beliau berkata, waktu ibadah k0rban di masjid dan surau hanya boleh diadakan selama empat hari termasuk hari pertama sambutan Aidiladha, selepas solat Sunat Aidiladha dan tiga hari Tasyrik.

“Bagaimanapun, mengambil kira Aidiladha jatuh pada hari Jumaat, ibadah k0rban digalakkan untuk dilakukan pada hari kedua, ketiga dan keempat,” katanya.

Beliau turut menegaskan, individu yang masih dalam proses kuarantin wajib di rumah dilarang sama sekali untuk keluar dari rumah termasuk pulang ke kampung ataupun menunaikan Solat Sunat Aidiladha serta tidak boleh menerima tetamu.

“Jika individu yang memakai wristband kuarantin mel4nggar peraturan yang ditetapkan, orang ramai diminta untuk melaporkan kepada polis.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Restasasia

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Lagi untuk rakyat! mulai es0k E-Dompet bernilai RM50 boleh dit3bus, ini cara mendapatkannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*