“Syukur Platelet Dah Ada Peningkatan” – Erra Fazira Semakin Pulih

Primadona Erra Fazira yang dimasukkan ke pusat perub4tan di Petaling Jaya pada Khamis minggu lalu akib4t dem4m d3nggi akhirnya semakin pulih dan telah dibenarkan pulang hari ini.

Dalam satu entri yang dikongsi di Instagram miliknya, Erra Fazira mengucapkan syukur kerana semakin pulih daripada dem4m d3nggi yang dialaminya.

“Alhamdulillahhhhh. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesembuhan saya. Syukur platelet dah ada peningkatan. Dah boleh balik dan monitor dari rumah.

“Terima kasih kepada Dr shamsul dan nurses yang sangat baik melayan saya sepanjang berada di dalam h0spital. Moga Allah membalas kebaikan semua,” tulis Erra pada satu entri di Instagramnya.

Erra turut mengucapkan terima kasih kepada teman-teman rapat yang sempat hadir menziarahnya di h0spital.

“Terima kasih kawan-kawan yang sempat hadir ziarah. Maaf bukan tak kasi kawan-kawan datang, tapi dengan keadaan C0v1d19, tidak digalakkan datang ziarah ramai-ramai.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillahhhhh.. . Terima kasih kpd semua yg mendoakan kesembuhan saya.. syukur platelet dah ada peningkatan.. Dah bole balik n monitor dr rumah.. Terima kasih kpd dr shamsul n nurses yg sgt baik melayan saya spjg berada di dalam hospital.. Moga Allah membalas kebaikkan semua.. 💕🥰🥰 . Terima kasih kawan2 yg sempat hadir ziarah.. maaf bukan tak kasi kawan2 dtg, tp dgn keadaan covid19, tidak digalakkan dtg ziarah ramai2.. yg penting titipan doa kalian sgt2 bermakna buat saya.. love all of you to the moon n back 🌹🌹💕💕🥰🥰

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

“Yang penting titipan doa kalian sangat-sangat bermakna buat saya. Love all of you to the moon and back,” coret Erra beserta beberapa keping gambar bersama mereka yang sempat datang menziarah.

Khamis minggu lalu Erra dimasukkan ke h0spital selepas mengalami dem4m sejak tiga hari sebelumnya. Beberapa komitmen kerja seperti mengacara program Mingguan Wanita dan Go Shop terpaksa ditunda sehingga dia sembuh.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Gempak

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Syukur Platelet Dah Ada Peningkatan” – Erra Fazira Semakin Pulih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*