213 Sekolah Ditutup sementara kerana Susulan Pandem1k C0vid-19.

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) menvtup sementara 213 sekolah di Kuching, Sarawak sehingga 17 Ogos ini susulan pand3mik C0vid-19.

Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, ia memb4bitkan 87 sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuching, 99 sekolah (PPD Padawan) dan 27 sekolah di PPD Samarahan.

“Untuk maklumat ahli Yang Berhormat, selepas pengumuman pelaksanaan kawalan pergerakan antara bahagian di Sarawak, pada 29 Julai 2020, Jawatankuasa Pengurusan Benc4na Negeri (JPBN) Sarawak dengan persetujuan KPM memv4tuskan untuk menangguh pembukaan semula 213 sekolah di Sarawak.

“Pembukaan semula sekolah yang diumumkan pada 3 Ogos 2020 ditangguhkan ke 17 Ogos 2020.

“Bagaimanapun, kelas bagi pra-sekolah, tingkatan lima dan tingkatan enam beroperasi seperti biasa di ketiga-tiga PPD berkenaan,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurutnya, bagi negeri Kedah pula, kerajaan negeri sudah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) di empat mukim iaitu Ah, Hosba, Binjal dan Padang Senai, bermula 2 Ogos 2020.

“Berikutan itu JPBN Kedah dengan persetujuan KPM memvtuskan untuk menutup empat sekolah di bawah PPD Kubang Pasu dan satu sekolah di bawah PPD Padang Terap bermula pada 2 Ogos 2020 sehingga 29 Ogos 2020.

“Berkaitan dengan (soalan) penutupan sekolah di Sabah, apa yang dilaksanakan di peringkat kerajaan negeri bersama KPM melalui Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) adalah case by case basis.

“Jika ada keperluan untuk menutup sekolah di kawasan itu, kami di KPM berdasarkan nasihat daripada profesional di KKM dan MKN serta kerajaaan negeri berbincang, kita bersedia (arah tutup),” katanya.

Beliau menjawab soalan Teo Nie Ching (PH-Kulai) sama ada KPM merancang untuk menutup sekolah di zon merah C0vid-19 seperti di Kuching dan sekiranya tidak, sama ada pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan.

Mohd Radzi menjelaskan Pengarah JPN adalah ahli dalam JPBN yang turut dianggotai oleh Pengarah Kesihatan Negeri dan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri.

“Sehubungan itu, KPM melalui Pengarah JPN akan berbincang bersama-sama semua pihak yang berkaitan untuk melihat sekiranya terdapat keperluan menutup sekolah bagi menceg4h penvlaran C0vid-19 di mana-mana kawasan,” katanya.

“Berkaitan pelitup muka guna semula, dalam garis panduan pembukaan semula sekolah, kita galakkan pemakaian pelitup muka tetapi masih belum diwajibkan.

“Pada waktu ini pihak kami sedang berbincang dengan pelbagai pihak untuk melihat mengenai kebolehgunaan pelitup muka guna semula di sekolah. Sebarang makluman akan dimaklumkan kepada awam dalam masa terdekat jika ada,” katanya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Harian Metro via media news

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "213 Sekolah Ditutup sementara kerana Susulan Pandem1k C0vid-19."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*