“Jujur, Saya Buka Kedai Makan Nak Tambah Pendapatan, Takkanlah Nak…” – Mamak

Pelawak Mamak Puteh mengakui membuka premis makanan kerana mahu menambah pendapatan selain mencuba bidang baru sebagai sumber rezekinya dan keluarga.

Mamak berkata, tidak mungkin selamanya dia mahu bergantung dengan sumber pendapatan daripada bidang seni semata-mata.

Tambahan lagi katanya, pendapatan dalam bidang tersebut tidak menentu.

“Jujur, saya buka kedai makan sebab nak tambah pendapatan keluarga untuk anak dan isteri. Yang ada sekarang bukan tak cukup, Alhamdulillah.

“Cuma saya dah mula terfikir, jika tidak mencari alternatif lain mulai sekarang bagaimana nanti di masa hadapan.

“Kerja cari makan dalam bidang seni ini tidak menentu pendapatannya. Bukan tidak bersyukur dengan apa yang ada tetapi saya akan terus berusaha cari rezeki untuk masa depan anak-anak selagi masih ada kudrat,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

@hustlerjuice & @honeyjuanavape Bergabung meletop kebabommm 🤣🤣🤣🤣🤣

A post shared by MAMAKPUTEH MAHARAJALAWAK MEGA (@mamakputeh) on

Selain itu, motivasi untuk menceburi bidang perniagaan selepas melihat kejayaan rakan-rakan pelawak sendiri.

“Saya terinspirasi melihat Shuib yang bekerja keras untuk keluarga. Begitu juga dengan isterinya Siti Sarah.

“Merekalah rujukan saya. Jadi saya fikir tidak ada salahnya saya mencuba dan semoga ada rezeki dalam bidang ini pula,” katanya yang akan membuka premis makanan, Round Island Café di Telok Bahang, Pulau Pinang.

Katanya, dia memilih Pulau Pinang sebagai lokasi pertama Round Island Café kerana selain pulang ke negeri kelahirannya itu, negeri tersebut juga sangat dikenali sebagai destinasi pelancongan.

“Sebut sahaja Penang, orang tahu situ memang syurga makanan dan destinasi terbaik bagi pelancongan domestik dan antarabangsa.

“Lagi satu saya pilih Penang sebab saya dilahirkan dan dibesarkan di sana. Ibarat sirih pulang ke gagang, dah masanya saya pulang berbakti kepada negeri sendiri,” katanya.

Round Island Café bakal dibuka pada 30 Ogos ini dan akan menjual menu pelbagai masakan Western, Ikan Bakar, Satay, Roti Benggali Bakaq Daging Cincang, Char Koay Teow dan Sandwich.

“Mengikut perancangan Round Island Café akan dibuka sehari sebelum Hari Kemerdekaan yang ke 63 ini.

“Menu yang ada, pelbagai dan saya bawa juga Sandwich yang memang resipi turun temurun keluarga. Siapa yang pernah makan Sandwich saya mereka pasti tahu, sebab saya memang jual sehingga hari ini.

“Tema Round Island Café ialah Lepak, Makan, Bayaq. Sekarang sudah 90% siap. Doa-doakanlah ya. Jangan lupa, datang Penang nanti lepak kafe saya,” katanya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Gempak

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Jujur, Saya Buka Kedai Makan Nak Tambah Pendapatan, Takkanlah Nak…” – Mamak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*