Prank Daging K0rban, Terkejut Makcik Ini Bila Lihat Apa Isi Dalam Plastik. Youtuber Akhirnya Dit4han PoIis

Jumaat lalu, hari raya Aidiladha disambut meriah bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

Meskipun perlu berjaga-jaga dengan mematuhi segala SOP diarahkan pihak berkuasa, namun tidak menjadikan halangan terutama bagi mereka yang terlibat dengan ibadah kurban.

Bagi yang tidak berkemampuan, kemeriahan turut dirasa apabila banyak menerima agihan daging kurban dari pihak masjid atau sedekah dari individu perseorangan.

Tergamak ‘prank’ daging k0rb4n

Sementara itu, berbalik kepada satu kisah berbeza apabila seorang YouTuber dari Palembang, Sumatera Selatan tergamak melakukan prank memberi plastik sampah yang kononnya berisi daging k0rb4n.

Portal Kompas melaporkan plastik itu yang diberi kepada dua wanita sebenarnya berisi sampah.

Akibatnya, YouTuber dengan nama Edo Putra dan seorang rakannya yang terbabit dengan kejadian tersebut telah ditahan oleh pihak berkuasa.

Difahamkan, Edo memuat naik video prank bertajuk Prank Bagi-Bagi Daging ke Emak-Emak Berisi Sampah itu beberapa hari lalu.

Menerusi video berdurasi 11 minit 57 saat itu, Edo dilihat mengagihkan bungkusan plastik kepada dua wanita.

Kedua-dua wanita yang menjadi mangsa ‘prank’ berkenaan pada mulanya kelihatan gembira ketika menerima bungkusan plastik itu dan berterima kasih kepada Edo.

Bagi memastikan misinya berjaya, Edo meminta bungkusan itu dibuka selepas dia beredar dari situ.

Bagaimanapun, kedua-dua wanita itu ternyata terkejut selepas melihat plastik itu hanya mengandungi sampah.

Edo kemudiannya kembali kepada wanita itu untuk meminta maaf dan menyerahkan 500,000 Rupiah (kira-kira RM144) kepada mereka untuk membeli daging.

Namun berdasarkan temubual dengan seorang pakcik kepada Edo mengatakan bahawa dua orang wanita yang terkena prank itu merupakan ahli keluarga terdekat Edo.

Sehingga kini, video berkenaan meraih lebih 781,000 tontonan dengan 154,000 tanda tidak suka.

Rata-ratanya meng3cam perbuatan Edo serta rakannya yang disifatkan keterlaluan kerana dilakukan ketika sambutan Aidiladha.

Susulan kejadian, Edo dan rakannya ditahan pihak berkuasa.

Penahanan mereka disahkan oleh Ketua Polis Palembang , Anom Setiyadji.

Sebelum ini, seorang YouTuber dari lndonesia, Ferdian Paleka turut ditahan polis negara itu kerana melakukan prank memberi bungkusan berisi tauge bvsuk dan batu kepada gel4ndangan.

Sementara itu, persaingan dalam membuat ‘content’ bagi saluran Youtube telah membuatkan ramai Youtuber mencuba sesuatu yang dianggap keterlaluan.

Di luar negara terutama negara barat, ‘content’ berbentuk prank seakan menjadi perkara biasa meskipun mendapat kec4man orang ramai.

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Asiakini

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Prank Daging K0rban, Terkejut Makcik Ini Bila Lihat Apa Isi Dalam Plastik. Youtuber Akhirnya Dit4han PoIis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*