Tutup semua sekolah ?? Ini kata Kementerian Pendidikan Malaysia

Malaysia : Peningkatan penvlaran k3s Tempatan mencetuskan k3bimbangan masyarakat negara. Apatah lagi ianya telah melibatkan kepada pelajar dan Murid-murid sekolah. Ibubapa meluahkan keb1mbangan terhadap anak-anak meereka. 

2 Pelajar dijangkiti cov-19, Tutup sekolah Negeri ini penjelasan Ismail Sabri

Semalam Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia telah memaklumkan bahawa terdapat satu kes pelajar kolej dijangkiti cov-19 apabila saringan secara rawak diadakan untuk pelajar kolej di KLIA. Perkara ini menambah kebimbangan lagi apabila Universiti akan dibuka semula tidak lama lagi. Adakah ia akan membawa kepada satu peningkatan luar biasa pada masa akan datang ?

Terkini: Satu pelajar kolej positif cov-19 di KLIA, 1 lagi tambahan kluster Sivagangga

Jadi pada hari ini Kementerian Pendidikan (KPM), melalui pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), akan berbincang bersama pihak berkaitan jika terdapat keperluan menutup sekolah bagi mencegah penularan Cov-19 di kawasan yang terlibat, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin berkata di peringkat negeri, KPM akan memantau perkembangan sesi persekolahan melalui JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), dan pengarah JPN ialah ahli dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPPN).

“Selepas pengumuman pelaksanaan kawalan pergerakan antara bahagian di negeri Sarawak pada 29 Julai lalu, JPPN Sarawak dengan persetujuan KPM telah memutuskan untuk menangguh pembukaan semula 213 buah sekolah di daerah Kuching.

“Ini melibatkan 87 buah sekolah di bawah PPD Kuching, 99 sekolah (PPD Padawan), dan 27 sekolah (PPD Samarahan). Pembukaan semula sekolah yang diumumkan pada 3 Ogos lalu telah ditangguh ke 17 Ogos.

“Bagaimanapun, kelas bagi prasekolah, Tingkatan 5 dan 6 beroperasi seperti biasa di ketiga-tiga PPD tersebut,” katanya menjawab pertanyaan Teo Nie Ching (PH-Kulai) pada sesi soal jawab yang ingin tahu jika KPM merancang untuk menutup sekolah di Zon Merah Cov-19, seperti Kuching, Sarawak.

Bagi negeri Kedah pula, Radzi berkata kerajaan negeri telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar di empat mukim iaitu Mukim Ah, Mukim Hosba, Mukim Binjal dan Mukim Padang Serai bermula 2 Ogos.

Berikutan itu, beliau berkata JPPN Kedah dengan persetujuan KPM telah memutuskan untuk tutup empat buah sekolah di bawah PPD Kubang Pasu, sebuah sekolah di PPD Padang Terap bermula 2 Ogos hingga 29 Ogos.

Menjawab soalan tambahan Teo sekiranya KPM bercadang menutup sekolah di Sabah susulan terdapat kes positif dalam kalangan murid di negeri itu, Radzi berkata perkara itu akan dilihat mengikut kes.

“Jika ada keperluan untuk menutup sekolah tersebut, kami di KPM, berdasarkan nasihat daripada profesional di KKM dan MKN serta kerajaan negeri (akan) berbincang (dan) kita bersedia (untuk tutup sekolah).

“Setiap kes yang berlaku berbeza, seperti di Sarawak banyak sekolah (dengan) lebih 200 buah sekolah ditutup tetapi di Kedah kita tutup lima sekolah berdasarkan kes yang ada dan berdasarkan risiko dan cara menangani ri1siko tersebut,” katanya.

Ramai setuju jika sekolah ditutup

Kami ada bertanya di media sosial mengenai pendapat orang ramai sekiranya sekolah ditutup. Ramai yang bersetuju untuk menutup sekolah rendah. Mereka merasakan lebih baik tutup sekolah rendah kerana murid-murid tidak tahu dan tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

Ada juga yang berpendapat bahawa sekolah diteruskan bagi mereka yang mengambil peperiksaan besar sahaja. Bagi yang belum mengambil mereka ini ditangguhkan terlebih dahulu sesi persekolahan mereka.

Namun ini adalah pertanyaan sahaja dan keputusan adalah terletak kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Kami melihat ada juga yang tidak menyokong penutupan sekolah takut anak-anak mereka ketinggalan dalam pelajaran. Jika buat kelas online ramai yang tidak mampu mengikutinya kerana rangkaian internet dan kemudahan phone atau laptop yang terbatas.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : rentasasia.com

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Tutup semua sekolah ?? Ini kata Kementerian Pendidikan Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*