[VIDEO] Wanita selamba bawa tong gas naik basikal jadi tumpuan ramai

Kebiasaannya, kita hanya melihat orang membawa tong gas menggunakan motorsikal sahajakan? Hal ini kerana motorsikal mampu menampung berat dan saiz tong gas tersebut. Maka tidak hairanlah mengapa orang sering menggunakan kenderaan itu untuk membawa barang berkenaan.

Namun lain pula dengan kisah pada kali ini kerana terdapat seorang wanita yang berjaya membawa tong gas dengan hanya menggunakan basikal miliknya. Baru-baru ini, terdapat sebuah video rakaman yang menjadi viral menerusi laman Twitter milik @bahi_zone.

Dalam rakaman tersebut menunjukkan terdapat seorang wanita yang dipercayai sekitar 30-an sedang mengangkut tong gas berwarna oren menggunakan basikal seorang diri. Ternyata video yang berdurasi 19 saat itu menjadi tumpuan ramai oleh warga netizen.

Apa yang lebih mengejutkan apabila wanita itu selamba memperlahankan basikalnya hanya menggunakan kaki ketika di persimpangan lampu isyarat meskipun berada dalam situasi sukar untuk mengendalikan basikalnya.

Rata-rata warga netizen terhibur dengan video tersebut kerana ‘sound effect’ rakaman itu mencetuskan gelak tawa mereka. Namun, dalam pada masa yang sama terdapat juga segelintir warganet yang risau akan keselamatan wanita terbabit kerana nyaris dil4nggar oleh kereta.

Rakaman itu telah berjaya menjadi tontonan ramai sehingga memperoleh 131 ribu tontonan, 5.8 ribu butang suka dan 7.7 ribu komen di ruangan lelaki berkenaan.

“Dia punya j3rit suruh berhenti tu berdekat betul…”

“Bukti perempuan berdikari bila dia tak bergantung pada lelaki”.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : HCL

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Wanita selamba bawa tong gas naik basikal jadi tumpuan ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*