Ramai baru tahu penyanyi dalam drama Gerak Khas

Siapa yang tidak kenal dengan siri drama aksi yang sering menjadi kegilaan ramai pada suatu ketika dulu iaitu Gerak Khas. Drama ini berbeza daripada yang lain kerana ia mengisahkan tentang kes-kes jenayah dan hal-hal yang berkaitan dengan pihak polis. Memang seronok!

Ia juga merupakan drama bersiri yang terpanjang bersiaran di kaca televisyen Malaysia sejak tahun 1999 lagi. Filem ini dibintangi oleh beberapa pelakon hebat dan antaranya ialah Datuk Yusof Haslam, Abby Abadi dan ramai lagi.

Namun begitu, masih terdapat segelintir warga netizen yang tidak mengetahui bahawa penyanyi yang menyanyikan lagu Gerak Khas pada musim pertama adalah milik suara AC Mizal bersama Abby Abadi.

“Walaupun dah hafal lirik lagu gerak khas, selalu jugak nyanyi dulu dulu, tapi harini baru tahu AC mizal yang nyanyi lagu ni”, kata pemilik akaun @ketengahketepi.

Rupa-rupanya ramai yang turut mengalami perkara yang sama tidak mengecam bahawa penyanyi tersebut adalah pelakon dari drama bersiri itu juga.

Ternyata posting tersebut telah mendapat perhatian warga netizen yang rata-ratanya turut terhibur kerana baru menyedari hal tersebut sehingga memperoleh 3.3 ribu tanda suka dan 2.9 ribu komen di ruangan berkenaan.

“Hmm samalah bena. Baru tahu jugak…”

“Woah baru tahu juga…”

“21 tahun hidup baru sapa nyanyi…”

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : HCL

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Ramai baru tahu penyanyi dalam drama Gerak Khas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*