Usia 95 Tahun Tak Halang Tun Mahathir Buka Akaun TikTok

Boleh dikatakan aplikasi TikTok kini menjadi kegilaan ramai dan popular dikalangan pengguna internet. Meskipun pada awalnya ianya didominasi oleh golongan muda, namun kini turut menarik perhatian golongan berusia.

Usia tidak menjadi penghalang untuk seseorang itu turut mengikuti trend terbaru. Kini berusia 95 tahun, bek4s Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad turut ‘terjebak’ dengan aplikasi tersebut.

Meskipun baru sahaja membuka akaunnya sendiri menggunakan nama Chedetofficial namun kini sudah mempunyai lebih 32 ribu lebih pengikut.

Malah, akaun tersebut telah disahkan sebagai akaun rasmi Tun Mahathir apabila mempunyai lambang verified di sebelah namanya.

Apa yang menjadi perhatian, bio di akaun bekas PM ke-4 dan ke-7 itu tertulis ‘Still Young’. Walaupun hanya memuat naik satu video, namun sudah mendapat lebih 108,000 likes. Anda boleh tengok disini untuk melihat video TikTok Tun Mahathir.

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

sumber: ROTIKAYA

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Usia 95 Tahun Tak Halang Tun Mahathir Buka Akaun TikTok"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*