“Baru Nak Bernafas Kembali Selepas ‘PKP’,Sekarang ni Semua dah jadi pula”- Luahan Makcik Jual Nasi Lemak

“Sejak dua tiga hari ini, operasi MBSA terlalu drastik, cara mereka bertindak ini seperti mahu membal4s dend4m. Bila ada orang mengadu, dia (MBSA) bertindak balas.

“Salah sikit pun nak sam4n, pasang awning (sengkuap) untuk tahan air hujan pun kena s4man, tangga untuk naik turun pun kena sam4n. Ada kedai yang sudah berpuluh tahun buat tambahan, diarahkan untuk ubah dalam tempoh 24 jam,” katanya.

Beliau yang menjalankan perniagaan percetakan sejak 35 tahun lalu, mendakwa MBSA mengeluarkan saman ke atas lebih 90 peratus peniaga di situ atas pelbagai kesalahan, semalam.

Tambahnya, MBSA sewajarnya melihat kesalahan yang lebih besar termasuk kewujudan kilang-kilang har4m di Selangor.

BARU NAK BERNAFAS SEMULA JUAL NASI LEMAK

Bagi peniaga nasi lemak, Ramlah Yakub, 55, tindakan MBSA merobohkan gerainya, malam tadi menyebabkan mata pencariannya terputus kerana baru sebulan kembali berniaga selepas terpaksa menutup gerai ak1bat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dulu tidak dapat berniaga selama tiga bulan disebabkan Cov1d-19, dan sekarang baru dapat sebulan berniaga, tiba-tiba jadi macam ini.

“Kami berniaga pun terpaksa meminjam dengan Hijrah (Yayasan Hijrah Selangor). Bila dah kena tutup, macam mana nak bayar semua,” katanya.

Beliau mendakwa, sebanyak 16 gerai di kawasan itu dirobohkan malam tadi selepas mendapat notis arahan daripada MBSA.

Sementara itu, seorang penjual bunga, Asogan Muniandy, 50-an, berkata beliau dan isteri kini bingung memikirkan perniagaan mereka yang terjejas selepas diambil tindakan oleh MBSA.

“Dulu disebabkan Cov1d-19, kami tidak dapat berniaga, dan kali ini sekali lagi kami kena berhenti berniaga, macam mana mahu cari makan.

“Payung yang ada pun sudah patah, itu pun harga sudah RM500, macam mana mahu beli,” luah beliau.

Sementara itu, Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, dalam sidang medianya di lokasi hari ini menyatakan operasi berkenaan dijalankan bagi menangani masalah peniaga yang melanggar peraturan dan berniaga tanpa lesen di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh.

Katanya, sebanyak 101 notis dikeluarkan ke atas premis-premis di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), semalam.

Dalam operasi hari ini juga, MBSA turut merobohkan struktur tambahan pada premis perniagaan yang dibuat tanpa kelulusan MBSA seperti struktur dinding, lantai, kaki jalan serta sengkuap.

Seramai 230 anggota MBSA, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Air Selangor turut serta dalam operasi bersepadu bermula jam 10.30 pagi tadi.

Operasi ini diadakan susulan penularan satu rakaman video oleh pengusaha gerai burger, Mohd Asri Hamid yang mendakwa pihak berkuasa pilih kasih ketika mengambil tindakan terhadap peniaga gerai di Bandar Baru Sungai Buloh yang melakukan kesalahan.

Beliau turut mempersoalkan tindakan pihak berkuasa mengenakan kompaun terhadap perniagaan gerai burger diusahakannya tetapi tidak kepada peniaga lain.

Sumber : HMETRO ONLINE

Foto sekadar hiasan

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : http://rentasasia.com/

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Baru Nak Bernafas Kembali Selepas ‘PKP’,Sekarang ni Semua dah jadi pula”- Luahan Makcik Jual Nasi Lemak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*