Selepas Mas Idayu Sound ‘Sekali Lagi Kau Buat Kau Ingat’, Ini Jawapan Balas Isteri Aman Graseka

Beberapa hari lalu penyanyi Mas Idayu tampil mendakwa kononnya bekas suami, Aman Graseka dihalang bertemu anak mereka, isteri aktor itu tampil menjelaskan situasi sebenar.

Akui Reena Arina, Aman sememangnya sudah lama tidak menghubungi anak gadisnya iaitu Nur Dayini Ashiqah, 22, kerana berkecil hati dengan sikap zuriat hasil perkahwinan dengan Mas Idayu itu.

Aman, 53, dikatakan kecewa dengan tindakan Dayini membvrukkan Reena sebagai ibu tiri di Instagram.

” Saya suruh abang (panggilan untuk Aman) supaya hubungi anaknya, tapi dia tak nak sebab kecil hati dan terkilan Dayini burvkkan saya dan adiknya yang kini berusia setahun.

” Abang kata Dayini sepatutnya hormat dia sebagai bapa. Malah semasa neneknya men1nggI pun mereka tak datang ziarah. Mungkin itu sebab abang kecil hati.

” Saya pernah ajak keluar sekali tapi Dayini tak mahu! Lebih-lebih lagi selepas kami dah ada anak…

” Dayini tak boleh terima dia kini dah ada adik!” katanya kepada mStar.

Pada Jumaat, menerusi temubual eksklusif bersama mStar, Mas Idayu ber4ng apabila 1su perbalahan membabitkan anak tunggalnya itu dengan Reena menyebabkan wujud suara-suara nakal mendkwa dia tidak pandai mendidik.

Kata Mas Idayu, pada awalnya dia enggan masuk campur dalam urusan tersebut sehinggalah namanya dikaitkan dalam satu artikel baru-baru ini.

Malah, dia turut kecewa apabila Aman tidak lagi menghubungi anaknya itu sejak mereka pulang daripada menunaikan ibadah umrah pada Februari lalu.

Bukan block, tapi telefon kena god4m

Ditanya mengenai dakwaan Aman menyekat nombor anaknya di aplikasi WhatsApp, Reena memaklumkan telefon bimbit milik pelakon drama Tuan Danial itu rosak dipercayai digod4m pihak tidak bertanggungjawab.

” Abang tak block dia… hari itu telefon abang kena hack, kami semua terkejut segala maklumat dalam telefon hilang termasuklah nombor telefon dan mesej.

” Ia macam kerja h4cker yang cekap… semua hilang secara autom4tik dan terpaksalah apa-apa sahaja berkaitan kerja dan panggilan wartawan kena melalui nombor saya, ” ujarnya.

Gara-gara perbalahan ini, Reena berkata dia menerima kec4man daripada netizen yang memandang serong terhadapnya sebagai ibu tiri.

Lebih memburvkkan keadaan, ada pihak luar yang tidak dikenali cuba campur tangan dalam perbalahan yang berlaku itu.

” Aman tahu apa sahaja yang anak dia tulis tentang saya di Instagram… dia suruh saya bersabar, katanya tak apalah biar Tuhan sahaja balas.

” Saya juga kes4l apabila ada seorang individu mengaku satu sekolah dengan saya dan burvkkan saya di Instagram Dayini.

” Kalau betul kawan, dia takkan cerita burvk fasal saya. Aman tengah cari dia dan beritahu tak teragak nak buat laporan polis, ” katanya.

Aman mendirikan rumah tangga dengan model, Reena pada 2018, dan mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Aishymir Mateen Shah Aman Shah berusia setahun.

Sebelum itu, Aman dan Mas Idayu mendirikan rumah tangga pada 1997, namun berpisah pada 2006.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Dayini.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : http://limauais.pw/

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Selepas Mas Idayu Sound ‘Sekali Lagi Kau Buat Kau Ingat’, Ini Jawapan Balas Isteri Aman Graseka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*