Harap solekan watak tua tak jadi isu – Sheila Rusly

PENERBIT dan pelakon, Sheila Rusly mengharapkan watak terbarunya dalam drama Bukan Manusia Biasa, bakal disiarkan di TV3 tidak dijadikan 1su hanya kerana dia disolek menjadi tua.

Dalam drama terbaru terbitan JS Pictures Sdn Bhd itu, produksi terbabit turut melakukan solekan kesan khas ke atas wajah Sheila supaya kelihatan benar-benar tua.

Sebelum ini Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac mel4rang pelakon muda mengenakan solekan watak orang tua mulai 1 Januari 2020 dan kenyataan itu teg4snya datang daripada pihak stesen televisyen sendiri.

Katanya, syarat itu dikeluarkan kerana mahu memberi ruang kepada pelakon veteran supaya dapat meneruskan kerjaya seni mereka.

Sewaktu dihubungi hari ini, Sheila berkata, watak wanita tua yang dijayakan itu sudah pun dipersetujui pihak stesen televisyen sebelum kenyataan Pengerusi FINAS itu dikeluarkan.

“Kalau ada pihak yang mahu menjadikan watak saya jayakan itu sebagai satu isu, mereka boleh bertanya sendiri kepada pihak stesen televisyen. Kita berbincang dan mendapat kata putus untuk projek drama terbaru ini pada September lalu.

“Saya menjalani proses melakukan ‘mold’ untuk kulit wajah tua pada 3 Oktober lalu. Bukankah syarat itu khusus untuk pelakon muda yang memegang watak orang tua?

“Saya pun tidaklah muda sangat, usia sudah mahu mencecah 50-an,” katanya.

Katanya, secara kebetulan sewaktu isu itu hangat diperkatakan, produksinya juga sedang melaksanakan kerja pra-produksi.

“Sebelum nak jadikan watak yang saya jayakan itu sebagai isu, nasihat saya lihat kontrak terlebih dulu dan senarai pelakon yang diluluskan pihak stesen televisyen.

“Setiap produksi akan melakukan kerja pra-produksi dua bulan sebelum penggambaran dijalankan dan drama Bukan Manusia Biasa mula menjalani penggambaran November lalu,” katanya.

 

Sumber : Metro

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Harap solekan watak tua tak jadi isu – Sheila Rusly"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*