Risteena Terbuka Kongsi Kisah Cinta

Bukan mudah bergelar seorang selebriti, setiap tindak tanduk dan apa saja perkongsian pasti akan menjadi bu4lan netizen. Selepas mengumumkan pertunangan mereka, Risteena Munim dan Isa Khan semakin terbuka berkongsi kisah cinta mereka.

Malah, hampir setiap hari mereka akan memuat naik video mahupun foto bahagia mereka di media sosial. Menurut Risteena, tunangnya sudah berjanji akan sentiasa cuba membahagiakannya selagi terdaya.

“Sejak kami kenal, saya nampak Isa sentiasa mahu membahagiakan serta menggembirakan saya. Dia lakukannya tanpa henti.

“Dia selalu cakap pada saya yang hidup ini singkat dan tak tahu bila akan m4ti, sebab itu setiap hari dia akan cuba bahagiakan saya. Isa takut kalau nanti dia sudah tiada di dunia ini, tak sempat nak tunjuk sayangnya pada saya,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Risteena berkata meskipun pelbagai cerita tak sedap didengar mengenai tunangnya, namun dia melihat Isa sentiasa perbaiki diri untuk menjadi insan leih baik.

“Asalkan kita tahu untuk berubah dan menjadi orang yang lebih baik. Saya selalu berpesan kepada Isa walau apa pun orang cakap pasal dia, buktikan pada mereka siapa dirinya sekarang.

“Dan Alhamdulillah dia menjadi seorang yang lebih baik sekarang ini. Ada orang yang buat salah tapi sampai m4ti pun tak nak berubah dan Isa bukan seperti itu,” katanya.

Terdahulu, pasangan itu mengumumkan sudah pun mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu ketika bercuti di Bali, Indonesia.

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Risteena Terbuka Kongsi Kisah Cinta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*