[FOTO & VIDEO] Sekitar Majlis Malam Berinai Zahirah Macwilson

Esok adalah merupakan tarikh yang amat bermakna dan istimewa buat pasangan secocok Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson. Mereka dikatakan bakal berkahwin pada hari esok setelah dua tahun menyulam cinta. Terdahulu mereka mengikat tali pertunangan pada Jun tahun lalu.

Malam ini telah diadakan majlis malam berinai menyaksikan Zahirah kelihatan sangat anggun memakai persalinan ala Bollywood berwarna maroon. Majlis ini dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja.

Dalam pada itu, undangan majlis persandingan kedua-duanya sudah mula diedarkan dan akan berlangsung Jumaat ini di Glamhall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara Perdana di Petaling Jaya jam 7.45 malam.

Ditanya mengenai perasaannya menjelang tarikh keramat itu, Zahirah mengakui teruja untuk menjalani fasa baru dalam kehidupannya itu.

“Ya, saya teruja. Ia adalah perjalanan dan cabaran baru yang akan saya tempuhi,” katanya.

Menurutnya, dia sendiri melakukan persiapan sepenuhnya untuk majlis itu tanpa sebarang tajaan.

“Saya bersyukur kerana ada pasukan pengurusan yang sangat bagus dan kami uruskan sendiri mengenai persiapan majlis itu nanti,” katanya.

Jom kami kongsikan sedikit gambar dan vide0 sepanjang majlis malam tadi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Our latest #bridesbyrr by #rizmanruzaini . . Zahirah Mc Wilson mengayakan lengha merah dari rona ‘wine red’ bersulam hias dari rona ‘vintage gold’ eksklusif untuk majlis berinai. @zahirahmacwilson . . Tampil persis ‘bollywood actress’, Zahirah disolek indah hasil sentuhan @makeupbynurulmf dan dandanan dari @meichoi dan gambar dari lensa @aslvn

A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on

VIDEO:

Majlis Malam Berinai @zahirahmacwilson & @aimanhakimridza . Congratulations on your wedding! What an honor to be a part as Glam Squad for you and your family on this special day.

Perkongsian ini dimuat naik oleh kelab peminat Zahirah di akaun IG mereka. Memang sama cantik sama padan, pasti ramai yang tidak sabar tunggu majlis pernikahan mereka nanti.

Kami doakan semoga majlis akad nikah dan persandingan nanti berjalan dengan lancar. Semoga Zahirah dan Aiman terus berbahagia hingga ke syurga.
Sumber: IG
Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "[FOTO & VIDEO] Sekitar Majlis Malam Berinai Zahirah Macwilson"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*