“King Coco ‘Lot 0f Mix’ Buat Kejutan,” Jadi Cal0n Ketua Srikandi Bersatu Bagan Serai

Sejak beberapa minggu ini, dunia politik negara dihiasi dengan pelbagai situasi getir dalam pengurusan kabinet baharu susulan daripada peletakkan jawatan Tun Dr. Mahathir  sebagai perdana Menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dipilih sebagai Perdana Menteri Kelapan negara susulan daripada penggabungan beberapa parti di Malaysia.

‘Drama-drama’ tambahan juga dapat dilihat apabila abang kepada bekas Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Syed Abdullah memilih untuk tidak berada di belakang adiknya apabila sah menjadi Pemuda Umno.

Namun, paling mencuri tumpuan hari ini adalah poster yang berlegar-legar di media sosial apabila seorang Instafamous yang pernah mencetuskan kontr0versi, King Coco bertanding sebagai calon Ketua Srikandi Parti Bersatu Bagan Serai.

Poster tersebut bukan sahaja menjadi pertikaian warganet, malahan masing-masing mengeluarkan pendapat bahawa King Coco ataupun Marshaira Ismail tidak sesuai untuk terjun dalam bidang politik.

Terdahulu, King Coco pernah tular apabila mengakui mempunyai banyak darah campuran keturunan. Video tersebut tular sehingga ramai yang meng3cam tindakannya.

Namun, kesan daripada penularan tersebut, dia telah menjadi Instafamous dengan mempunyai ramai pengikut di Instagram. King Coco turut sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Naratif Rakyat

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“King Coco ‘Lot 0f Mix’ Buat Kejutan,” Jadi Cal0n Ketua Srikandi Bersatu Bagan Serai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*