Rupanya ada juga yang lebih pentingkan keuntungan daripada kesihatan lebih-lebih lagi ketika wabak Coronavirus ini.
Kali ini, admin nak kongsikan rupanya ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang sanggup jual semula topeng muka yang telah dipakai. Jijiklah!
Menurut pengguna Twitter, Dylawok, dia telah ternampak bahawa ada yang menjemur topeng muka terpakai tersebut yang dipercayai telah dikutip semula. Eiii, orang jenis apa lah ni.
Kalau nak buang mask ada eloknya koyakkan terus masuk tong sampah. Kalau tak buat macam tu kau tengok lah orang kutip lepastu jemur balik dan jual. 😤 pic.twitter.com/tx56JxJ9Wj
— dylawok (@dylawok) March 15, 2020
Topeng tersebut dipercayai akan dijual semula kepada orang ramai setelah dibasuh dan dijemur. Ianya berlaku di Cheras . Hati2 lah yee.
Lepas ini, korang perlu koyakkan semua topeng muka yang telah dipakai supaya orang macam ni takkan buat benda menjijikkan ini.
Selain itu, korang juga dinasihati untuk tidak membeli topeng muka daripada orang sembarangan sebab dikhuatiri mereka menjual topeng terpakai yang tidak hygienic.
Rata-rata netizen menghentam tindakan penjual-penjual yang bersikap menangguk di air keruh. Padan muka, buat hal lagi.
Orang pakai mask sebab taknak dijangkiti, kalau macam ni makin dijangkiti ada lah.
Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral
Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press
Sumber: lobak merah
Be the first to comment on "“Ingat Tikar Ke Jemur Macam Tu” Jljlk Gadis Ini Ded@h Ada Slndiket Jual Semula T0peng Muka Terpakai Di.."